Waduuhh, Kangen Bangaaattt

Tengok la tu, memang rindu sakan sebab lama sangat tak nampak batang hidung mak bapak diaDiaorang pun dah bersiap-siap nak check-out
eja sempat mengucapkan selamat berpisah kepada makcik dia. Diaorang pun dah nak check out pastu nak pulang ke BP Tak puas-puas berpeluk sebab rindu sangat gamaknya

Hari Jumaat aku kena bertugas di hotel Legend, Kuala Lumpur sampai hari Ahad. Kebetulan anak-anak sumer memang ada di kl ikut makcik diaorang dari hari Rabu tuhari. Wife pun nak ikut sama sebab balik JB nanti boleh bawak anak-anak balik sekali. Bertolak lepas Maghrib dari JB dan sampai di KL dah pukul 11 lebih. Kami direct terus ke hotel Legend. Nak singgah ambik anak-anak di Micasa dah malam sangat, diaorang pun dah tido. So, kitaorang decide ambik pagi esoknya saja. Gambar-gambar ni sumer masa kitaorang pi Micasa nak ambik diaorang nak bawak ke Legend. Eja ngan Anteng apalagi, macam rindu bangat ler bila nampak kitaorang. Almaklum, dah 5 hari 4 malam tak jumpa. Memang rindu sesangat la tu...

Post a Comment

0 Comments