Selamat Berangkat Uncle Odin

Tengahari tadi Papa menghantar Uncle Odin ke Larkin Terminal Bus. Uncle Odin nak ke Kuala Lumpur kerana ada urusan yang perlu dibereskan di sana sebelum dia bertolak balik ke Tawau hari esok. Flight beliau dari KLIA ke Kota Kinabalu adalah pada pukul 2 petang esok. Selepas itu, beliau akan bertolak ke Tawau menaiki bas dari KK yang mengambil masa kira-kira 8 jam perjalanan. Waduh pak, lama banget deh. Panas bontot duduk dalam bas. Tapi, kerana rasa tanggungjawabnyer terhadap family kami, Uncle Odin sanggup menyeberangi Laut China Selatan semata-mata untuk menziarahi kami di sini. Terima kasih Uncle Odin. Oh yek, Eja dan Abang memang sedih sangat la sebab mereka dah takder kawan bermain lagi di rumah seperti masa Uncle Odin ada. Kalau tak, kerjanyer asyik bergurau-senda jek la kat rumah. Walaupun perkenalan mereka singkat, namun jelas terbayang kemesraan yang ditunjukkan antara mereka bertiga. Nampak gayanya, Uncle Odin pun macam berat sangat nak balik ke Sabah. Ermm...susah-susah sangat pindah dok kat JB jek la...Ahaks!!

Post a Comment

0 Comments