Cucu Terbaru 2017




Mendapat perkhabaran dari kampung, anak saudara Papa telah melahirkan seorang bayi lelaki yang comel. Ini merupakan cucu saudara Papa yang ke-20 lebih. Telah ramai anak-anak saudara yang melahirkan anak. Ada yang anaknya seramai 7-8 orang. Cucu kali ini merupakan anak sulung kepada anak saudara Papa yang mendirikan rumah tangga tahun lalu. Selamat melahirkan pada 3 Ogos 2017 dengan beratnya 3.18 kg. Alhamdulillah anak dan ibunya dalam keadaan baik-baik sahaja. Tahniah Papa ucapkan. Bertambah lagi bilangan cucu saudara....hehehe, hari raya tahun depan pasti akan lebih meriah. Bersiap-sedia sahajalah dengan duit raya ya TokYa. Pengshannn....bwahahahaha!!!

Post a Comment

0 Comments