MATTA Johor Travel Fair 2017




Papa bertugas di Matta Johor Travel Fair 2017 yang diadakan di Danga City Mall, Johor Bahru bermula 4 - 6 Ogos dari pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Papa hanya bertugas dari pukul 3.00 petang sehingga pukul 10.00 malam sepanjang tiga hari Matta Travel Fair ini berlangsung.

Bagi para pengunjung yang ingin berkunjung, hari ini merupakan hari terakhir. Terdapat banyak pakej-pakej pelancongan menarik yang boleh didapati di sini. Pakej-pakej yang disediakan juga adalah lebih murah berbanding dengan hari biasa. Tawaran-tawaran yang disediakan juga menarik. Bukan sahaja untuk melancong di dalam negeri malahan ke luar negara juga seperti Jepun, Korea, Paris, United Kingdom dan sebagainya.

Jom datang singgah....
Dikuasakan oleh Blogger.