PRIME EZBUY - JIMAT GILERRRR !!!!


Di zaman cyber ni kalau ditanya kepada sesiapa sahaja pun tentang pembelian barangan secara atas talian atau 'online', boleh dikatakan semuanya tahu. Lebih-lebih lagi komuniti-komuniti dan geng-geng makcik dan pakcik bawang yang dok hari-hari bergosip, "Ehh ko nak tau, semalam aku beli periuk karen, handbag kulit biawak, beli tu beli ni...haaaa!!! Alahhh!! Online je ko!!!". Kat radio, kat tv, hari-hari dok tayang dan cerita fasal online shopping ni kehaa!!! Kat ceruk-ceruk mana kat dunia ni pun semua tahu dah.


Kemudahan atas talian ini memang amat berguna terutama kepada mereka yang seringkali tidak cukup masa untuk membeli-belah. Sayugia itu, dewasa ini banyak syarikat-syarikat yang mengambil inisiatif dan memilih untuk menawarkan kepada kita pembelian secara atas talian ni. Barang-barang yang ditawarkan bukan setakat yang dijual di dalam negara malahan kita juga dapat membeli barangan dari luar negara. Tak perlu bersusah-payah pun nak kena gi oversea untuk shopping Haa...seronok kan!! Jimat sangat dah. Tak perlu pun kena beli tiket kapal terbang. Duit tambang tu dah boleh digunakan untuk shopping sakan.


Korang pernah dengar ezbuy? Aku yakin nama ezbuy ni sudah tidak asing lagi di kalangan kita terutama sekali yang kaki shopping online tu. Perkataan ezbuy tu sahaja sudah menunjukkan maksudnya secara direct 'mudahbeli' atau 'senang sangat nak beli'.


LATARBELAKANG EZBUY

Ditubuhkan pada tahun 2012 dengan dahulunya dikenali sebagai 65daigou. Merupakan syarikat tempatan yang menawarkan pembelian barangan keperluan harian yang berkualiti dari dalam dan luar negara seperti USA, Taiwan, China, Korea dan banyak lagi dengan harga yang sangat murah berbanding jika kita membeli di luar. Antara barang-barangnya adalah seperti pakaian lelaki dan wanita, kasut, beg tangan, aksesori, mainan kanak-kanak, produk-produk kecantikan dan kesihatan, malahan ada juga barangan elektronik, barangan kenderaan dan juga barangan rumah. Bahkan perabot juga ada dijual. Pendek kata apa sahaja barangan yang kita gunakan di sekeliling kita boleh dibeli melalui ezbuy ini.




MACAM MANA NAK BELI KAT EZBUY NI


1. Daftar Akaun

Sebelum korang nak membeli-belah tu, korang kena daftar lah dulu. Jangan risau, daftar ezbuy ni percuma je.


Pendaftaran boleh dibuat melalui desktop atau ezbuy apps yang boleh dimuat turun ke telefon pintar kita. Isi lah maklumat-maklumat yang diminta seperti di dalam gambar kat atas tu. Boleh juga daftar menggunakan akaun facebook. Pastu ikut je langkah-langkah yang dinyatakan. Setelah pendaftaran kita berjaya, kita akan diberikan 300 credit points. Apa yang lebih menarik lagi, dengan pendaftaran baru ni kita boleh dapat BAUCER RM 15. Haa...boleh la terus shopping.




2. Beli

Haa tadi masa dah daftar tu ada dapat BAUCER RM 15 kan. Baucer ni korang dah boleh terus tebus masa korang pilih barang-barang yang korang nak beli. Pastu pilih courier service mana yang korang suka. Cara penghantaran barang pun boleh pilih sama ada nak pilih Road Trip, Self Collect ataupun Home Delivery. Untuk Self Collect dan Home Delivery tu ada caj penghantaran tetapi bagi Road Trip tu percuma saja. Untuk kaedah penghantaran boleh rujuk kat : 


Kos Penghantaran ni bergantung kepada saiz dan berat barang. Kos setiap barang tersebut adalah berbeza-beza.


3. Bayar

Setelah selesai proses memilih barang dan kaedah penghantaran dan memasukkan kod baucer tunai tersebut, langkah seterusnya ialah membayar. Kaedah pembayaran boleh dibuat melalui Kad Kredit, Perbankan Internet dan juga Mesin ATM. Pengesahan tempahan belian akan dihantar melalui email oleh ezbuy

credit picture : Bella Jamal


ANDA MAHU LEBIH JIMAT LAGI? DAFTARLAH PRIME SEKARANG

Apa pulak PRIME ni? Bukan ke dengan ezbuy pun dah murah? Sebenarnya kita boleh dapat lebih penjimatan sekiranya kita mendaftarkan diri sebagai ahli Prime. Ini kerana, kos penghantaran barangan yang kita beli dari luar negara adalah berbeza-beza mengikut saiz, kuantiti dan berat barangan tersebut.

Prime merupakan program keahlian yang ditawarkan khusus untuk ahli-ahli yang telah berdaftar dengan ezbuy. Pelbagai faedah dan keistimewaan apabila kita mendaftar sebagai ahli Prime. Antara faedah yang paling ketara adalah, barangan yang kita beli dari luar negara hanya dikenakan caj sebanyak RM 8.80 sahaja tanpa had terhadap saiz, kuantiti mahupun berat barangan yang kita beli. Terdapat lebih 4 juta barangan di dalam Prime Wishlist yang boleh dipilih.





Selain daripada keistimewaan caj penghantaran RM 8.80 tanpa had yang sangat menjimatkan, sebagai ahli Prime, kita juga tidak dikenakan agent fee terhadap kos pengangkutan tersebut di samping keutamaan penghantaran barangan yang lebih cepat dan pantas. Promosi Ekslusif dan Baucer-baucer juga akan diberikan kepada mereka yang merupakan Prime Annual Members setiap kali Prime Day diadakan.


Terdapat 3 jenis keahlian Prime yang ditawarkan iaitu Trial, Lite dan Annual. Korang boleh pilih yang mana satukah antara ketiga-tiga kategori keahlian Prime tersebut dengan faedah dan keistimewaan yang berbeza setiap satu. Kita boleh memilih untuk percubaan selama 5 hari iaitu Prime Trial atau untuk mendapatkan keistimewaan dan faedah yang lebih menarik boleh untuk terus memilih Prime Annual. Pilihan adalah di tangan kita sendiri.


Klik LOGO di bawah untuk mendapatkan Baucer RM 15 khas untuk ANDA dan boleh terus SHOOOOOPPIIIIING !!!






Post a Comment

24 Comments

  1. Makinn kopakkk lah duit.. semua dihujung jari jee lepas ni.. senang shopping! Tq infoo.. sgt membantu and bergunaa.. nak daftar lah.. hehehe...

    ReplyDelete
  2. Memang eazy sangt, menarik perkongsian kalini.. Nk shoping lah ni.. Guna voucher tu

    ReplyDelete
  3. First time dengar ezbuy ni.. Adakah ai bukan kaki shopping? Hehehe

    ReplyDelete
  4. Pernah dgr pasal ezbuy ni tapi belum window shopping lg. Japgi install la apps dia. Tq pakya..(makin nipislah duit nampaknya..huhu)

    ReplyDelete
  5. ezbuy bagus..semua barang murah dekat situ..nak lagi bagus beli postage prime tu..semua barang postage sama harga..ehehe

    ReplyDelete
  6. Boleh cuba ni.. Mcm best tgk. . Hihihi

    ReplyDelete
  7. Pernah tergoda ngan ezbuy. Berhantu masuk sana! Jaga -jaga korang.. ... 😂😂

    ReplyDelete
  8. Satu platform jual beli online yang boleh dikatakan murah jugak laaa .. Nanti kita jenguk2 kot ada yang menarik nak beli .. Tq sharing

    ReplyDelete
  9. Nak kena happy ke nak kena nangis ni ek.. Makin keraplah en posmen singgah rumah lepas ni.. tq sharing info ni pak ya..

    ReplyDelete
  10. pernah dengar tentang ezbuy..ohh,rupanya ada pelbagai web ye melalui ezbuy ni.Br jelas

    ReplyDelete
  11. Ezbuy ni 'berhantu', sekali masuk tak nak kluar slagi tak memborong hehehhee

    ReplyDelete
  12. Harga dia mmg murah.. Last guna awal tahun ni kot..

    ReplyDelete
  13. Klau nk beli brg yg mahal atau besar,better ambil prime tu...Untung banyak utk shipping.

    ReplyDelete
  14. Wah mcm2 ada la ni.. hanya di hujung jarii

    ReplyDelete
  15. Aduhh.. Dura baru je dpt gaji ni.. terbaca pulak ezbuy ni 😂

    ReplyDelete
  16. Wah menarik ni...nak try shopping kat ezbuy

    ReplyDelete
  17. TB pun suka shopping kat EZBUY ni.. hehehe.. hari tu beli barang mainan harraz.. fuh murah berbeza-beza kalau beli kat website online lain.. haha.. puas hati.. save budget

    ReplyDelete
  18. Tak pernah try lagi shopping kat Ezbuy ni, nanti nak try tengoklah.

    ReplyDelete
  19. Wahh senangnyaa semua benda skrg ni. Hujung jari je..

    ReplyDelete
  20. pernah berbelanja dekat ezbuy..brg2 dia kualiti juga best

    ReplyDelete
  21. Untung sangat kalau amik prime tu

    ReplyDelete