Road Accident



honda accord dan kancil di tengah-tengah jalan raya


Sewaktu mengambil anteng pulang dari sekolah, kami terserempak dengan satu kemalangan jalan raya yang melibatkan 5 buah kenderaan. Sebuah bas sekolah, kereta honda accord, kancil, iswara dan juga wira. Punca kejadian, dua buah kenderaan iaitu honda accord dan kancil cuba melintas jalan yang sibuk kemudian dilanggar oleh sebuah bas sekolah yang datang dari arah kiri. Bas tersebut melanggar honda accord dan kancil kemudian terus melanggar sebatang tiang di bahu jalan. Honda accord tersebut digilis oleh bas sekolah tersebut di bahagian enjin. Akibat dari kejadian tersebut, lalu lintas menjadi kucar-kacir dan lembab. Sudahnya aku lambat sampai ke rumah untuk menghantar anteng pulang. Nasib baik tiada kemalangan jiwa yang terlibat.

Post a Comment

0 Comments