amboiii...sedapnya nasi lemak ayam goreng tuAirasia menaja makanan ini di atas kelewatan jadual penerbangannya"terima kasih yek Uncle Burn sebab sudi menghantar kami ke airport"masa kat Senai airport, eja dapat kawan barukenapa abang sedih sangat jek ni...letih kena tunggu 2 jam lebih yek, sabar ye sayang... eja dah tak sabar-sabar nak naik pesawat"pesawat tu boleh terbang tau dik"khusuknya eja mendengarkan abang bercerita"kita naik pesawat yang itu tau dik, cantik kan ada logo Visit Malaysia 2007""lamanya diaorang ni nak turun dari pesawat, hari dah semakin malam ni..."
"akhirnya, dapat jugak kita naik pesawat ni kan dik...adik jangan nakal-nakal tau, pakai talipinggang tu betul-betul""ok bang, abang jangan risau, jap lagi dah nak berlepas, adik pakai tali pinggang"
Cuti sekolah dah menjelang tiba. Selalunya, aku ngan wife pasti dah merancang-rancang nak bawa eja dan anteng gi makan angin. Tapi takkanlah asyik nak gi KL jek kan, dah selalu sangat, dah jemu plak. Mulanya ingat nak gi Cameron Highlands sebab kami tak pernah lagi sampai ke sana. Dalam sibuk memikir-mikir nak ke mana, aku bukak-bukaklah laman web Airasia. Kebetulan plak, ada promosi tambang murah. Then bila tengok-tengok, tambang dari JB ke Kuching RM 19.90 pergi dan RM 19.90 balik sepanjang cuti sekolah bulan Mac. Haa, apalagi, selepas dapat kata sepakat antara aku dan wife, akhirnya kami pun bersetuju sebulat suara nak beli tiket tu. Kebetulan plak bebudak berdua ni tak pernah lagi naik flight. Akhirnya, kami pun beli tiket flight tu pergi 12 Mac dan balik 14 Mac. Ada tiga jadual perjalanan sehari dari JB-Kch-JB. Kami ambil penerbangan pukul 4.25 petang dari JB sebab kalau pagi sangat takut nanti terkejar-kejar plak. Tau jek la dengan kerenah anak-anak kecil ni. Lagipun takut diaorang penat sangat kalau awal-awal pagi dah kena bersiap nak berkejar ke airport.
Anak-anak aku memang excited sangat sebab ni la first time diaorang dapat naik flight. Tapi, tau-tau jek la Airasia ni. Bukan aku nak memburuk-burukkan, cumer sebelum ni memang aku dah pernah terkena dulu. Flight delay sampai 2,3 jam. Tapi tu lama dulu la masa aku nak ke Jakarta dan Bandung. Ingatkan diaorang ni dah banyak improvement. So, aku pun silap gak sebab tak call dulu masa sebelum ke airport. Sudahnya, haa, kena la kitaorang duduk kat airport tu menunggu kapal terbang yang tak sampai-sampai. Jadual asalnya 4.25 petang. Sekali tu, haa, ambik kau, pukul 7.00 petang baru kapal terbang tu muncul. 2 jam lebih menunggu kat airport. Kesian kat anteng dan eja. Penat gaklah diaorang aku tengok. Iyalah, bebudak, alangkan orang tua pun jenuh menunggu, lagi la bebudak. Nasib baik diaorang guna Airbus. Pesawat tu plak masih baru lagi, masih cantik. Kalau tak salah, Airasia cumer ada 10 buah jek pesawat Airbus ni dan baru dibeli akhir bulan Januari yang lalu. Kira berbaloi gaklah menunggu lama.
0 Comments