Pertama kali menjejakkan kaki ke Freeport A'Famosa Outlet (FAO) ni terus kata 'WOW!!!' Masa mula-mula dengar nama tu masih lagi tak dapat gambaran apakebenda Freeport A'Famosa nih. Apabila dah sampai baru lah tahu rupa-rupanya tempat shopping barang-barang branded. Dalam minda terus berkata-kata, ni mesti expensive barang-barang yang dijual di sini. Almaklum lah, branded kannn...
ruang parkir yang luas dan banyak |
pintu masuk FAO |
FAO ni terletak di antara Alor Gajah dan Tampin juga antara Jasin dan Melaka Tengah. Hanya 147 km sahaja jauhnya dari Kuala Lumpur. Kedudukannya di antara Negeri Sembilan dan Johor. Kalau nak datang ke sini boleh menggunakan Google Map dan juga Waze. Koordinat GPS : 02° 24´18.19´N 102°13’13.84´E.
Kalau melalui Lebuhraya Utara Selatan, boleh keluar melalui toll Alor Gajah, Melaka. Kenderaan Shuttle Bus juga ada disediakan sebagaimana gambar di bawah :
FAO merupakan tempat membeli-belah terbuka dengan keluasan 180,000 kaki persegi yang dicantikkan lagi dengan keindahan tasik, air pancut, kuda pusing dan kincir angin yang senibinanya bertemakan Warisan Belanda. Kedai-kedainya terdiri daripada barang-barang dari jenama-jenama terkenal seperti Nike, G2000, Carlo Rino, Clarks, Samsonite, Parkson Lifestyle, Cotton On, Playboy, Li-Ning, Toy World, Body Glove, Luv Lux, Puma, Skechers, RC Signatures dan banyak lagi. Memang puas lah kalau shopping kat sini.
Haa amacam? Cantik tak senibina FAO ni. Ehh mestilah syantik. Kalau masuk je ke dalam memang terpegun dan terpesona lah. Masa sampai je kat luar pun dah tazabar nak masuk ke dalam. Rasa lambat pulak pintu dibuka. Ni belum lagi masuk ke dalam kedai-kedai yang ada.
Sementara tunggu pintu dibuka jom kita bergambar dulu kat depan FAO |
Ni reaksi muka korang bila start melangkah masuk ke dalam FAO |
Kalau dah masuk je ke dalam FAO ni, memang tak ada benda lain lah yang nak dibuat selain daripada serbu masuk ke kedai-kedai yang kesemuanya membuat promosi Harga Runtuh bersempena Aidilfitri. Ada yang bagi sehingga 70% diskaun, memang macam rusa masuk kampung la kut gamaknya. Semua kedai nak diserbu.
Ehh ada lagi...
Seronoknya membeli-belah kat FAO ni. Selain daripada banyak kedai-kedai berjenama yang menjual dengan harga yang lebih murah dan dikumpulkan dalam satu tempat tetapi suasana dan kemudahan yang disediakan juga memainkan peranan. FAO dilengkapi dengan surau, banyak kerusi rehat, lanskap yang cantik dan mendamaikan di samping senibinanya yang mempersonakan. Selain daripada itu, bagi pengunjung yang membawa anak kecil, kemudahan Kiddie Trolley juga ada disediakan dengan kadar sewa sebanyak RM 10 sahaja. Anak-anak kecil boleh duduk di dalamnya dan ibu bapa tak perlu lah bersusah-payah menghabiskan tenaga mendukung sepanjang masa. Oleh yang demikian, mereka akan mempunyai lebih tenaga untuk Shopping Sakan, hahaha!!! Kemudahan kerusi roda juga disediakan secara percuma kepada mereka yang memerlukan serta tempat menyusukan anak dan tempat persalinan anak juga turut disediakan.
Tapi kan, sebenarnya FAO ni bukan tempat shopping sahaja semata-mata. Di tingkat 1 FAO ni terdapat Exhibition & Convention Hall. Bagi mereka yang memerlukan tempat untuk kemudahan M.I.C.E boleh menyewa ruang pameran yang terdapat di sini. Ada tiga jenis bilik dan saiz ruang pameran iaitu Tulip, Chamomile dan Calimero. Setiap satu mempunyai bentuk dan saiz yang berbeza.
Kami habiskan masa lebih kurang 5 jam sahaja kerana masing-masing terpaksa bergegas pulang disebabkan ada urusan lain. Kalau ikutkan sehari suntuk dari 10 pagi sehingga 10 malam pun memang tak cukup masa nak bershopping sakan kat sini. Tapi takde hal, esok-esok boleh datang bawak keluarga pulak.
Masing-masing pulang dengan 'muka atak sunyum woo". Semua memang happy sebab dapat gak shopping baju dan kasut raya sepasang dua. Bagi yang belum pernah berkunjung ke sini, haa cepat-cepatlah berbuat demikian. Promosi Harga Runtuh masih berlangsung sehingga 24 Jun 2018. Bagi mereka yang masih tercari-cari baju dan kasut raya tu mari lah datang sini beramai-ramai dan bawak ibu, ayah, adik-beradik, anak-anak, anak sedara, ipar-duai dan jiran-tetangga semua! Memang meriah ngko !!! Untuk info mengenai promosi dan apa yang menarik yang ditawarkan oleh FAO, boleh like dan follow FB dan IG Freeeport A'Famosa Outlet ya. Klik kat link ni saja pun boleh :
Facebook : Freeport A'Famosa Outlet
Instagram : @freeportafamosaoutlet
10 Comments
Seronoknya dpt shopping tempat mcm tu. Bila asben nak bawak pegi sini ni...huhu
ReplyDeleteMestilah senyum pak yaa.....sopping sakan kaannn
ReplyDeleteSyiokkkk nya shopping Raya. 🎉🎉
ReplyDeletesyurga membeli belah kat sini.Kalo dapat pergi kat sini.. mesti bestt sangat.Silap silap lupa anak dan suami.. kikikiki
ReplyDeleteSyoknya, nanti pi Melaka nak singgah jugaklah.
ReplyDeleteWow bestnya shopping.. Sale bny gler tu.
ReplyDeleteFuhh awat jauh naw , kalau tak leh shopping huhu
ReplyDeletejelesnya tengok dia shopping jauh..tempat macam menarik..murah2 tak pakya
ReplyDeletemurah daripada pasaraya
DeleteBest la. Klu penat shopping blh ambik gambar. Tempat cantik tu
ReplyDelete