BELI KEMBARA TRAVEL BAG LIMITED EDITION DAN MENANG ASTON MARTIN DB11



Haaa...siapa nak Kembara Travel Bag Limited Edition ni? Beg yang penuh bergaya dan tahan lasak ini dihasilkan oleh 1680 D Ballistic Nylon adalah beg kembara ekslusif yang korang wajib ada. Beg yang dipekenalkan oleh Malaysia Airports bersempena dengan Ulangtahun Ke-20 KL International Airport. Merupakan buah tangan kepada setiap pengembara.

Beg yang berharga RM 88.00 ini boleh korang dapatkan dengan hanya RM 55.00 sahaja dengan pembelian minimum RM 250.00 untuk para pelanggan  Malaysia Airlines (termasuk harga tiket kapalterbang) atau setiap perbelanjaan sebanyak RM 250.00 melalui applikasi Boost ataupun perbelanjaan menggunakan kad kredit atau kad debit Maybank di mana-mana outlets di dalam KLIA atau KLIA2.

Pelakon Alif Satar bersama Kembara Travel Bag di Balai Pelepasan KLIA

Penyanyi dan Penggubah Lagu, Hannah Tan selesa membeli belah di KLIA menggunakan Kembara Travel Bag

Jangan lupa, selepas korang membeli beg ni, korang sertailah peraduan membeli-belah 'Licence To Win' dan berpeluang memenangi hadiah Aston Martin DB11. Paling menarik, korang berkelayakan secara automatik 20 penyertaan apabila membeli beg ini dengan setiap pembelian minimum RM 250.00 di setiap rangkaian-rangkaian yang mengambil bahagian. Haa...peluang untuk korang memenangi hadiah tu adalah 20 kali lebih tinggi.





Menurut Encik Nazli Aziz, Senior General Manager for Commercial Services, Malaysia Airports antara lainnya ialah, membeli-belah di KLIA bukan sekadar untuk kenangan yang dapat dipungut berdasarkan kepada pengalaman sahaja malahan mereka juga mendapatkan sesuatu cenderahati yang boleh dibawa pulang sebagai tanda kenang-kenangan perjalanan sepanjang mereka di Malaysia. Ini adalah sejajar dengan misi Malaysia Airport untuk mencipta keseronokan pengalaman rakyat Malaysia yang mesra kepada para pengembara. Menurut beliau lagi, 'Total Airport Experience' untuk para pengembara adalah merupakan faktor utama di dalam setiap inisiatif yang digalas oleh Malaysia Airport.

Kembara Travel Bag menjadi pilihan hati pelakon Diana Danielle untuk perjalanan jauh ataupun dekat

seorang pengembara dilihat berjalan-jalan di Kota London bersama dengan Kembara Travel Bag

Dalam usaha untuk meningkatkan jumlah kedatangan penumpang dari China ke KLIA, Malaysia Airports bekerjasama dengan Alipay. Sebagai tanda penghargaan kepada para pengguna Alipay, mereka juga diberikan keistimewaan membeli beg ekslusif ini dengan harga RM 55.00 dengan setiap perbelanjaan terkumpul melebihi 500RMB melalui Alipay Mobile App. Kerjasama ini dilihat memberikan kesan meluas terhadap para penumpang dari China ini.

Kembara Travel Bag Limited Edition ini boleh didapati di setiap outlets yang mengambil bahagian sama ada di Klia atau di Klia2.

Untuk maklumat lanjut peraduan 'Licence To Win, boleh layari :




5 ulasan:

  1. Balasan
    1. Aston Martin tu pun cantik. Jangan lupa kalau dah beli beg tu untuk turut serta peraduan Licence to Win. 20 penyertaan dengan setiap pembelian beg

      Padam
  2. Walaupon tak pernah mengembara tapi saya suka tengok orang yang selalu pergi mengembara..

    BalasPadam
  3. BROKER TERPERCAYA
    TRADING ONLINE INDONESIA
    PILIHAN TRADER #1
    - Tanpa Komisi dan Bebas Biaya Admin.
    - Sistem Edukasi Professional
    - Trading di peralatan apa pun
    - Ada banyak alat analisis
    - Sistem penarikan yang mudah dan dipercaya
    - Transaksi Deposit dan Withdrawal TERCEPAT
    Yukk!!! Segera bergabung di Hashtag Option trading lebih mudah dan rasakan pengalaman trading yang light.
    Nikmati payout hingga 80% dan Bonus Depo pertama 10%** T&C Applied dengan minimal depo 50.000,- bebas biaya admin
    Proses deposit via transfer bank lokal yang cepat dan withdrawal dengan metode yang sama
    Anda juga dapat bonus Referral 1% dari profit investasi tanpa turnover......

    Kunjungi website kami di www.hashtagoption.com Rasakan pengalaman trading yang luar biasa!!!

    BalasPadam
  4. Smart arrr beg tu, sesuai sangat untuk travel.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.