DINOSAUR KINGDOM - TAMAN TEMA BERGERAK PERTAMA DI MALAYSIA KINI DI PUTERI HARBOUR JOHOR



DINOSAUR KINGDOM PUTERI HARBOUR

Yeayyy....cuti sekolah sudah bermula. Anak-anak dah tak sabar-sabar  lagi ni nak ajak mak ayah ke destinasi-destinasi pelancongan yang menarik yang ada di seluruh negara. Mak dan ayah pun sudah bersiap sedia mengira bajet masing-masing dan sedang berkira-kira ke manakah tempat yang menjadi pilihan hati mereka kali ini.

Haa...pening tak tau nak ke mana ya?!

Korang tak payah ler berkerut-kerut dahi memikirkan nak pergi mana cuti sekolah ni. Apakata korang ke Puteri Harbour je yang terletak di Iskandar Puteri, Johor. Ada apa kat sana ek? Ada Dinosaur Kingdom ler...




Dinosaur Kingdom yang telah memenangi anugerah Taman Hiburan Bergerak Yang Pertama di Malaysia yang bertemakan era Jurassic membawa kita kembali ke era pra-sejarah. Konsep secara terbuka di taman yang diketengahkan ini dapat memberikan pengalaman yang sangat menakjubkan di mana para pengunjung dapat mengalami sendiri dengan melihat secara 'live' dan menyentuh dinosaur-dinosaur yang ada. Terdapat 25 jenis Animatronic Dinosaur dengan saiznya yang besar dan boleh bergerak dan mengaum yang sudah pasti dapat memberikan pengalaman indah kepada para pengunjung terutamanya kanak-kanak. Mereka seolah-olah merasai sendiri pengalaman nyata bersama dinosaur berbanding hanya dapat melihat di dalam buku atau di atas skrin sahaja. Bukan setakat lihat dan pegang, malahan kanak-kanak juga berpeluang menunggang dinosaur tersebut.

Terdapat pelbagai tarikan bertemakan dinosaur yang ada di taman ini antaranya:-

25 Animatronic Dinosaur

Terdapat 25 jenis dinosaur dengan saiznya yang besar dan  boleh menggerakkan badan, kepala, ekor dan tangannya serta mengaum.







Pertunjukan Secara Langsung Dinosaur Wildpark

Bersedia untuk pengembaraan Pra-Sejarah dipersembahkan secara langsung yang menghiburkan seisi keluarga







Panggung 5D

Alami sendiri pengembaraan liar Rexy dengan sensasi 5D


Raptor Maze

Cari kunci tersembunyi untuk melepaskan diri dari Raptor Maze. Ada raptor yang bersembunyi di sekitar Raptor Maze





Tunggangan dan Permainan

Tunggang baby dinosaur kegemaran anda di Jejak Baby Dinosaur dan berhibur sepanjang jejak dinosaur atau tunjukkan kemahiran drift di Drift Island







Pusat Pendidikan (Hub Pendidikan)

Mempelajari dan mengenali dinosaur dengan lebih mendalam di Hub Pendidikan.




Sarang Pterosaur

Alami keseronokan untuk para pengembara muda memanjat dan menawan sarang Pterosaur




Cenderahati Dinosaur

Pelbagai cenderahati dinosaur ada dijual sebagai tanda kenang-kenangan untuk para pengunjung.








Konsep pengembaraan Dinosaur Kingdom, The Prehistoric Harbour ini dibawakan khas oleh Themepaktu atau secara sebutannya Theme-Park-To-You dan akan berada di Puteri Harbour bermula 20 November 2018 sehingga 1 Januari 2019. Syarikat yang pada mulanya beroperasi hanya dengan mini produksi Dinosaur Wild Life Tour 1.0 pada Ogos 2017 dengan hanya 2 dinosaur dan kemudiannya telah berkembang menjadi satu produksi berskala besar yang mempunyai 25 animatronics, kostum dinosaur dan macam-macam lagi.

Melalui Dinosaur Kingdom ini, Themepaktu mensasarkan dan akan memperkembangkan kehebatan dinosaur ke seluruh Malaysia. Dinosaur Kingdom juga telah memenangi anugerah Gold Award untuk 'Event of The Year 2018' dan 'World Excellence Asia : Pop up Event of The Year 2018' oleh Tag Media, London.

Konsep Pengembaraan Dinosaur Kingdom ini membolehkan dinosaur menemui kanak-kanak di mana-mana jua di Malaysia. Para pengunjung yang mengunjungi Dinosaur Kingdom di Johor Bahru dijamin akan mengalami percutian yang hebat dengan adanya kerjasama dengan Moscow Circus di Puteri Harbour.








WAKTU OPERASI

Dibuka Setiap Hari
12.00 pm - 10.30 pm

Tutup
Setiap Hari Isnin
kecuali pada
24 & 31 Disember 2018


YURAN KEMASUKAN

MyKad : RM 30 dengan 2 Token
MyKid : RM 20 dengan 2 Token
Warga Emas : RM 20 dengan 1 botol air

All Access Pass MyKad/MyKid
RM 68 dengan 4 Token
(Tidak Termasuk Permainan Karnival dan Layak Untuk 1 Ice Fossil)

All Access Pass bukan MyKad/MyKid
RM 98 dengan 4 Token
(Tidak Termasuk Permainan Karnival dan Layak Untuk 1 Ice Fossil)



11 ulasan:

  1. Thanks for the great write-up. We love this place too.

    BalasPadam
  2. kalau bawa anak jalan2 sini confirm excited

    BalasPadam
  3. okay la harga
    . kalau setakat rm30/20.. balik kg kena singgh ni

    BalasPadam
  4. bestnyaa..macam-macam ada ye..besar pulak tu..bawak budak2 seronok la depa

    BalasPadam
  5. Best yer! Anak2 huda mmg suka dinosour ni..next month nak holiday ke JB . Boleh la singgah

    BalasPadam
  6. Menariklah, anak² mesti suka ni.

    BalasPadam
  7. menariknya dinasour kingdom anak lelaki mesti suka nih

    BalasPadam
  8. Menarik. confirm ramai datang cuti sekolah ni

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.