ERTI SEBENAR PROSPERITY McDONALD'S




McDonald’s Malaysia berkongsi erti sebenar ‘Prosperity’
McDonald’s melawat lebih 60 pusat jagaan orang tua di seluruh negara sempena sambutan Tahun Baru Cina



“McDonald’s percaya bahawa erti ‘Prosperity’ atau kebahagiaan bukan sekadar kekayaan harta benda. Ia juga melibatkan nikmat kegembiraan ketika meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga, termasuklah melakukan kebaikan untuk manfaat insan lain. Kami berharap usaha ini dapat mewujudkan keceriaan di pusat-pusat jagaan tersebut dan memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi,”

Begitulah kata-kata Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia bersempena dengan inisiatif McDonald's Malaysia melawat lebih 60 pusat jagaan orang tua di seluruh negara bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina tahun 2019.

Merupakan tahun ketiga perkara seumpama ini dilaksanakan bermula 21 Januari 2019 dan berterusan sehingga 20 Februari 2019. Ianya bertujuan mewujudkan semangat perpaduan rakyat Malaysia di dalam membawa keceriaan kepada warga emas yang tinggal di pusat-pusat jagaan tersebut.




Di dalam program lawatan yang diadakan, warga kerja McDonald's yang mewakili lebih 270 restoran McDonald's bersama-sama dengan para sukarelawan yang terdiri daripada orang awam meluangkan masa bersama dengan warga emas membuat pelbagai aktiviti menarik termasuk melakukan Yee Sang bersama-sama. Mereka juga ditaja untuk sesi memotong rambut bagi persiapan menyambut Tahun Baru Cina.







Lawatan yang seiring dengan nilai "Prosperity' McDonald's ini sudah pasti akan dapat mengukuhkan lagi komitmen syarikat di dalam membantu komuniti setempat di sekitar lokasi McDonald's. Penglibatan orang ramai adalah sangat dialu-alukan di dalam aktiviti amal ini. Bagi yang berminat boleh membuat pendaftaran di:


Post a Comment

0 Comments