SURYA APPLE CIDER VINEGAR WITH NATURAL HONEY - KEMBUNG PERUT BOLEH MAIN JAUH-JAUH YA!!


SURYA APPLE CIDER VINEGAR WITH NATURAL HONEY - KEMBUNG PERUT BOLEH MAIN JAUH-JAUH YA!!


Weyy kenapa perut ko buncit tu bea? Ko mengandung ker? Adoilaaa...takkan ler lelaki mengandung ye tak? Ko dah kenapa??!

Korang selalu ke dapat soalan-soalan macam  ni? Rasa nak marah ada nak maki pun ada, tapi tahankan jek la sebab nak jaga perasaan kengkawan. Tapi kengkawan ni la yang selalu mengusik dan mengejek kita. Walhal ko tengah menahan sakit sebab perut kau kembung banyak angin.




Kalau korang alami perut kembung dan senak perut ni, cara paling mudah dan berkesan, korang minum je Apple Cider Vinegar with Natural Honey keluaran Surya Malaysia. Memang sangat mujarab. Meh aku kongsikan serba sedikit apa tu Surya Apple Cider Vinegar (Surya ACV) atau dalam kata lain cuka epal.


APA TU SURYA APPLE CIDER VINEGAR WITH NATURAL HONEY

Surya ACV ini diperbuat daripada buah epal segar yang mengandungi vitamin, pectin, potassium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus dan juga zat besi. Ia juga mempunyai sumber anti-oksida seperti carotenoids dan betacarotene yang dapat menghalang radikal bebas daripada merosakkan dan melemahkan sistem imunisasi badan kita, Bahan utamanya adalah asid asetik mampu membunuh bakteria dan boleh dijadikan bahan pengawet semulajadi. Selain daripada itu, ianya juga membantu merendahkan paras glukosa darah dan melambatkan pengosongan gastrik.

Manakala madu yang dijadikan sebagai pemanis semulajadi ini yang berasal daripada fruktosa dan glukosa bertindak sebagai antioksidan dan antiseptik.

ANTARA KELEBIHAN DAN KHASIAT CUKA EPAL DAN MADU:
  1. Melancarkan peredaran darah
  2. Menguatkan tenaga dalaman
  3. Merangsang pemecahan lemak
  4. Melembabkan kulit
  5. Meredakan sakit dan sengal sendi
  6. Meningkatkan kesihatan tulang
  7. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
  8. Mencegah dan mengawal selulit
  9. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan
  10. Melawaskan usus besar dan usus kecil
  11. Menghalang penyerapan dan timbunan lemak
  12. Mengekalkan tahap kolesterol darah
  13. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
  14. Menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
  15. Berfungsi sebagai anti-allergi, anti-septik, anti-anemia dan anti-ulcer
  16. Menghilangkan stress
  17. Membantu masalah susah tidur
  18. Membantu melangsingkan badan

#PerutJeKembung #SuryaACVKanAda #SuryaMalaysia


Surya ACV ni merupakan keluaran tempatan dan telah mendapat sijil Halal dan diakui oleh HACCP. Ianya sesuai diamalkan oleh semua peringkat usia. Bahan-bahan yang digunakan adalah tanpa pengawet dan tidak mengandungi gula sebaliknya menggunakan madu asli semulajadi. Boleh diminum bagi menggantikan kordial. Cara bancuhan ialah 2 sudu besar bersamaan dengan segelas air suam atau air sejuk, ikut selera masing-masing. Ada yang suka diminum dengan air suam, ada juga yang suka diminum dengan air sejuk. Boleh juga ditambah ke dalam jus buah-buahan.


KELEBIHAN DAN MANFAAT LAIN YANG BOLEH DIDAPATI DARIPADA SURYA ACV

Detox

Dengan meminum Surya ACV ni akan dapat membantu mengimbangi pH badan kita dan dapat merangsang rangsangan kadiovaskular, usus motilitas dan saliran limfa.

Membunuh Candida (Yis) dan Boost Probiotik

Surya ACV mengandungi probiotik dan sejenis asid yang menggalakkan pertumbuhan probiotik yang dapat membunuh candida. Candida atau Candidiasis merupakan sejenis penyakit bawaan kulat atau yis yang membawa jangkitan kepada tubuh badan kita.

Mengimbangi Gula Dalam Darah Yang Menyebabkan Diabetes

Asid asetik yang terdapat di dalam Surya ACV ini boleh mengimbangi gula dalam darah kita dan dapat meningkatkan sensitiviti insulin dan maklum balas insulin.

Tekanan Darah Rendah

Dengan mengamalkan Surya ACV ini akan dapat menurunkan trigliserida dan tekanan darah rendah yang ketara.

Membantu Melegakan Sakit Tekak Dan Batuk

Kandungan Madu Asli yang terdapat di dalam Surya ACV ini secara tidak langsung dapat membantu melegakan masalah sakit tekak dan batuk yang dialami.

Harga Yang Berpatutan


Harga Surya ACV ni tak mahal mana pun. Kalau korang beli di Watson's atau di Himalaya, harga sebotol lebih kurang RM 21.00 manakala bagi 2 botol adalah lebih kurang RM 36.00. Tapi kalau korang beli secara online di Lazada ataupun Shopee, korang akan dapat harga yang lebih murah dan lebih menjimatkan.




Harga sebotol kalau korang beli online ialah RM 19.90 sebelum ditolak baucer diskaun sebanyak RM 5.00 manakala harga bagi Twin Pack ialah RM 35.00 sebelum ditolak diskaun sebanyak RM 5.00



Selepas korang buat pilihan nak beli sebotol atau twin pack dan masukkan ke dalam 'add cart', pastu masukkan la baucer 'KBBA10' untuk dapatkan diskaun sebanyak RM 5.00. Haa senang je kan





Tapi kalau yang malas nak beli secara online tu, korang pergi je ke Watson's atau Himalaya atau mana-mana farmasi terpilih. Beli, bawak balik dan terus boleh minum. Masalah kembung perut korang pun selesai.

Kalau korang nakkan maklumat dan info lanjut mengenai Surya Apple Cider Vinegar ni, korang klik-klik je kat link bawah ni :-




Post a Comment

11 Comments

  1. Baru nak beli ni.. Kita lun senang masuk angin ni sekrg..

    ReplyDelete
  2. Surya apple cider vinegar ni memang bagus. Nak dekat Ramadhan ni memang kena standby kat rumah.

    ReplyDelete
  3. Huda pun dah guna, serius memang best!

    ReplyDelete
  4. Wahh banyak kelebihan dia. Kawan fiza minum oun kata bagus

    ReplyDelete
  5. say dah cuba..mmg terbaik..:)

    ReplyDelete
  6. Banyak betul kelebihan dan khasiat dia.

    ReplyDelete
  7. bagus Cuka epal ni. Sesuai sangat bagi yg susah kuar angin

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. 2 sudu besar Surya ACV dicampur dengan secawan air suam atau air sejuk, ikut pada kesukaan kita. Minum sekali sehari cukup

      Delete