OhFreeFood - DAPATKAN MAKANAN PERCUMA DI SINI SETIAP HARI





OhFreeFood - DAPATKAN MAKANAN PERCUMA DI SINI SETIAP HARI


Ehhh!!! Apa kebenda OhFreeFood nih? Korang pernah dengar tak? Abang pun baru first time dengar. Tapi kalau kita tengok perkataan tu je secara tak langsung dah menunjukkan maknanya 'makanan percuma' kalau dalam Bahasa Melayu. Haa...maknanya ada makanan percuma lah kan!!! Menarik nih. Meh abang terangkan serba sedikit mengenai OhFreeFood dari persepsi dan kaca mata abang...


APA TU OhFreeFood?

OhFreeFood ni merupakan satu aplikasi yang dibangunkan oleh Anak Melayu warga tempatan yang bertujuan untuk kita berkongsi makanan dengan sesiapa sahaja. Bukan setakat kita 'Share' malahan kita juga boleh 'Request' makanan yang dikongsikan oleh mereka yang menggunakan aplikasi berkenaan. Para pengguna boleh muat turun aplikasi ini sama ada menggunakan Play Store bagi pengguna android ataupun App Store bagi pengguna ios. Perkongsian yang diberikan adalah secara PERCUMA

Platform yang disediakan ini adalah  bagi memudahkan mereka yang ingin membuat sumbangan yang berbentuk makanan tidak kira sama ada makanan yang telah dimasak mahupun yang belum seperti beras, gula, tepung, susu dan sebagainya. Para pengguna aplikasi adalah terbuka kepada sesiapa sahaja tidak kira usia.

Namun begitu, menurut pengasas OhFreeFood ini iaitu Encik Irwan Hisham, tujuan utama beliau mewujudkan aplikasi OhFreeFood ini adalah untuk Elakkan Pembaziran Makanan. Saban hari pasti akan berlaku lebihan makanan di setiap isi rumah. Daripada makanan tersebut terbuang begitu sahaja, lebih baik ianya dikongsikan kepada orang lain agar pembaziran sebegini akan dapat dielakkan di samping kita akan dapat menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat sekeliling secara tidak langsung.



download di Play Store

download di App Store


BAGAIMANA OhFreeFood INI BERFUNGSI

Setelah aplikasi OhFreeFood ini dimuat turun ke dalam handphone masing-masing, kemudian register nama dan lokasi anda. Pendaftaran boleh menggunakan sama ada menggunakan email ataupun akaun facebook anda. 



Walaawehhhh...abang dah register!!!


Boleh edit profile memasing. Letakkan gambar korang yang cun-cun tau. Mana lah tau kut-kut boleh bertemu jodoh sekali. Ahakss!!!

Ok dah  boleh mula upload gambar makanan yang korang nak share tu. Jangan lupa post gambar makanan yang cantik-cantik biar meleleh-leleh air liur diaorang tak sabar nak request. Lebih-lebih lagi gambar makanan yang dah siap dimasak. Memang teruja sangatlah pengguna lain nak rasa makanan yang korang upload tu.


Buat first time ni abang share biskut Oreo, Lexus dan Munchy's. Lepas ni abang nak share makanan lain-lain pulak. Jangan lupa letak lah serba sedikit ringkasan mengenai makanan yang korang sumbangkan seperti kuantiti, jenis makanan, lokasi pengambilan dan penyerahan dan masa. Ini bertujuan memudahkan mereka mendapatkan info di mana lokasi makanan yang kita sumbangkan. Taklah nanti orang Johor Bahru nak request makanan korang yang duduk di Kuala Lumpur. Jauh tu beratus-ratus kilometer semata-mata nak ambil makanan tersebut. Kalau makanan yang sudah siap dimasak, nanti sampai je masa nak ambil, makanan tu dah basi pulak, kannn...


Ok, gambar makanan yang abang upload dah direquest oleh dua orang. Korang dibenarkan membuat pilihan kepada siapa makanan tu korang nak sumbangkan. Disebabkan abang ada 2 jenis pilihan, oleh yang demikian abang memilih 2 orang yang berlainan supaya ianya lebih adil dan sama-sama dapat merasa. Haaa...gitohhh!!! Tapi kalau korang ada bajet lebih, korang boleh je nak letak lebih banyak kuantiti supaya lebih ramai lagi yang korang dapat share makanan korang tu.


Selepas dah buat pilihan kepada siapa yang korang nak berikan tu, haa korang dah boleh buat temujanji waktu bila korang nak serahkan makanan tersebut. Lokasi memang korang dah bubuh kat gambar masa korang upload kan...cuma masa penyerahan je korang deal lah dengan mereka yang bertuah yang korang dah pilih tadi. Haa amacam? Senang ke senang?!

Meh tengok bideo yang abang nak kongsikan ngan korang kat bawah ni:-




Haa...jangan lupa untuk berkongsi makanan korang bermula dari sekarang. Marilah kita bersama-sama amalkan sedikit sama dirasa, banyak sama dikongsi. Semoga pembaziran makanan akan sama-sama kita dapat hindarkan. Semoga dengan perkongsian kita ini akan dapat mengikat tali ukhuwah sesama kita dan hidup dengan penuh harmoni dan aman-damai. Aamiin.

Untuk maklumat lanjut mengenai OhFreeFood ini, korang boleh la jengah-jengah kat :-


Facebook : OhFreeFood

Instagram : OhFreeFood




8 ulasan:

  1. Memang best apps ohfreefood ni...dapat disiplinkan diri dari menyumbang berlakunya pembaziran makanan ..

    BalasPadam
  2. nice nya apps macam ni...tapi kalau orang yang betul2 memerlukan, diorang sedar tak kewujudan apps ni ek..huhuhu

    BalasPadam
  3. Menariknya apps ni. Kurangkan pembaziran.

    BalasPadam
  4. dah cuba apps ni,memang terbaik.Seluruh negeri boleh sebarkan lebihan makanan melalui apps ini

    BalasPadam
  5. Nina pun dah download dan dah share food kat sana. Memang best! Ianya membantu kita memberi kepada mereka yang benar memerlukan seiring teknologi . Terbaik laaa

    BalasPadam
  6. Menarik dan terbaik. Terima kasih pada yang cipta aplikasi ini.

    BalasPadam
  7. Bagus jugak ni, kalau ada peniaga-peniaga yang makanan tak habis jual boleh bagi orang makan free guna app ni. Daripada buang lebihan makanan tak terjual, baik bagi free je kan?

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.