COSMODERM TEA TREE OIL-CONTROL SERUM - BUAT ABANG JATUH CINTA



COSMODERM TEA TREE OIL-CONTROL SERUM - BUAT ABANG JATUH CINTA


Hai korang! Korang buat apa tu!! Ohh tengah tercari-cari produk untuk mengatasi masalah kulit berminyak dan berjerawat ya! Haa...meh abang kongsikan produk yang super ohsem dari Cosmoderm nih...



COSMODERM TEA TREE OIL-CONTROL SERUM (TTO)

Produk ni merupakan serum gel yang berasaskan air yang dikuasai oleh ekstrak buah dan diformulasikan dengan minyak Tea Tree dan Vitamin B3 (Niacinamide) bagi mengawal penghasilan minyak yang berlebihan pada wajah kita terutamanya di kawasan T-Zone. Ianya amat sesuai bagi korang yang mengalami masalah kulit berminyak dan berjerawat. Selain daripada minyak Tea Tree dan Niacinamide, ianya juga mengandungi Aloe Vera dan Chamomile.





KELEBIHAN COSMODERM TTO

Antara kelebihan dan kebaikan Cosmoderm TTO ini adalah :

1. Membantu mengurangkan masalah jerawat, bintik hitam dan bintik putih

2. Membantu membersihkan liang-liang pori tersumbat

3. Membantu mengawal penghasilan minyak yang berlebihan di wajah

4. Membantu mengembalikan kelembapan semulajadi kulit yang sekata





CARA PENGGUNAAN COSMODERM TTO

Nak guna TTO serum ni mudah sesangat. Selepas korang cuci muka, lapkan dengan tuala kering dan bersih. Janganlah lap ngan kain buruk buat lap lantai tu yek...kihkihkih. Pastu korang sapukan je TTO serum ni ke seluruh muka korang tu dan urut lembut sehingga ianya meresap ke dalam kulit. Korang buatlah sehari dua kali cukup. Sekali waktu pagi dan sekali lagi sebelah malam. Haa senang ke senang?! Nanti muka korang akan terasa kesejukan dan kesegaran selepas korang sapu serum TTO nih. Memang best lah! Tapi AWAS!!! Kalau ada rasa keradangan pada kulit wajah tu, korang segera hentikanlah mengguna. Ini macam biasa lah, kekadang ada orang tu kulit dia jenis sensitif dan tak sesuai dengan sesetengah produk. Kalau takde tanda-tanda macam tu, korang boleh carry on sampai korang jadi so syantikkk !!! Selamat mengguna!!




MANA NAK DAPATKAN COSMODERM TTO

Korang cari jek kat mana-mana outlet :







9 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.