KIRA ZAKAT PERNIAGAAN ANDA SECARA ATAS TALIAN

 


Firman Allah SWT yang bermaksud:

(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.” [Surah Al-Nur (24): 37]

Anas RA meriwayatkan bahawa Abu Bakar RA menetapkan baginya apa yang difardhukan oleh Rasulullah SAW: Dan jika sesuatu harta berkongsi bercampur oleh dua orang, maka keduanya saling mengeluarkan zakat dengan adil (sesuai dengan kadar atau bahagian masing-masing).[HR Bukhari]


APAKAH YANG DIKATAKAN ZAKAT PERNIAGAAN

Zakat perniagaan merupakan zakat yang wajib dikeluarkan ke atas hasil daripada perniagaan sama ada perniagaan persendirian, perkongsian, syarikat, koperasi atau saham. Pengertian perniagaan tu termasuklah sebarang perusahaan yang bersifat untung dan rugi dan sama ada ianya perniagaan barangan mahupun perkhidmatan. Kewajiban ini adalah ke atas mereka yang telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Daripada Maimun Ibn Mihran: Apabila sudah tiba tempohnya kamu berzakat (cukup haul), maka hitunglah berapa jumlah wang tunai yang ada padamu, dan bagi barang perniagaan yang ada, nilailah ia dengan matawang, begitu juga segala hutang pelangganmu yang mampu (diharap kembali) hendaklah diambilkira dan kemudian tolakkan hutangmu sendiri, barulah dikeluarkan zakat atas bakinya itu.[Riwayat Abu Ubayd al-Qasim Ibn Salam, Kitab Al-Amwal]



SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT PERNIAGAAN

1. Muslim

Bagi perniagaan yang mempunyai pemilikan bercampur antara Muslim dan Bukan Muslim, hanya bahagian pemilikan Muslim sahaja yang dikenakan zakat.

2. Sempurna Milik

Hanya harta yang sempurna pemilikan (hak milik aset) dan keupayaan mengurus (tasarruf) iaitu yang mempunyai kuasa penuh ke atas aset tersebut yang akan dikenakan zakat.

3. Cukup Nisab

Iaitu paras minima yang menentukan sama ada harta tersebut wajib dikeluarkan zakat atau tidak. Nisab adalah bersamaan dengan nilai 85g emas semasa.

4. Cukup Haul

Perniagaan tersebut telah genap tempoh setahun. Penilaian harta perniagaan diambilkira keadaan perniagaan pada akhir haul.

5. Niat Berniaga

Berniatlah untuk mendapatkan keuntungan disusuli dengan amalan menjalankan perniagaan. Kedua-dua unsur ini perlu berjalan seiringan secara berterusan.

6. Perniagaan Yang Halal

Barang-barang perniagaan dan perkhidmatan mestilah yang halal. Bagi bentuk perniagaan-perniagaan yang haram seperti arak, khinzir, perjudian dan juga riba adalah tidak diwajibkan zakat.

7. Bukan Kegunaan Sendiri

Barangan dan perkhidmatan tersebut bukanlah untuk kegunaan diri sendiri. Ianya adalah untuk tujuan perniagaan sahaja.



HARTA PERNIAGAAN YANG DIKIRA DALAM PENENTUAN ZAKAT

1. Barang Perniagaan (stok akhir dinilai mengikut harga jualan semasa)

2. Wang Tunai di Tangan

3. Wang Tunai di Bank

4. Hutang Niaga daripada jualan secara kredit yang dijamin dibayar semula

5. Pelaburan Jangka Pendek dari hasil perniagaan


KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT PERNIAGAAN

1. Kaedah Modal Kerja

Kaedah ini sesuai digunakan oleh syarikat-syarikat Berhad, Sdn Bhd, Koperasi, Enterprise, Trading dan sebagainya yang terdapat pengkelasan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.



2. Kaedah Modal Berkembang

Kaedah ini sesuai digunakan oleh Institusi Kewangan dan Perbankan Islam, Takaful dan Syarikat Berhad di mana tiada pengkelasan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.



3. Kaedah Untung Rugi

Ianya sesuai digunakan bagi perniagaan yang tidak mempunyai akaun atau Penyata Kewangan seperti Peniaga Kecil dan Runcit. Contohnya pasar tani, pasar malam, restoran, kedai makan, gerai-gerai makanan dan minuman dan seumpama dengannya.





KADAR NISAB

Menyamai nilai semasa 85 gram emas


KADAR WAJIB

2.5% atau 1/40 daripada harta perniagaan yang cukup nisab.



KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT

Bagi memudahkan para pembayar zakat, Lembaga Zakat Selangor ada menyediakan pelbagai kemudahan pembayaran zakat secara atas talian seperti online banking, online e-zakatpay, jompay dan touch n go selain daripada pembayaran di pejabat-pejabat pos dan myeg. Terdapat juga pembayaran menggunakan e-wallet seperti GoPayz dan Boost.



Untuk pembayaran di atas talian boleh click :

https://fpx.zakatselangor.com.my/



Maklumat lanjut dan info-info mengenai ZAKAT dan promosi-promosi menarik yang sedang berlangsung, sila layari : 

website : www.zakatselangor.com.my

Facebook : zakatselangor

Instagram : zakatselangor

Twitter : zakatselangor







Post a Comment

2 Comments

  1. Artikel yang sangat berguna. Selalu orang fikir cukai je. Jangan lupa zakat pun kena tunaikan. Terima kasih atas perkongsian cikgu.

    ReplyDelete
  2. Banyak cara nak berzakat kan... Jom berzakat...

    ReplyDelete