Assalamualaikum korang. Puasa tak tu? Alhamdulillah, tahun ni kita masih diberikan kesempatan untuk bertemu lagi dengan Ramadan Al-Mubarak dan inshaAllah, jika ada rezeki, tak lama lagi kita akan dipertemukan dengan bulan Syawal pula.
Tahun 2020 seluruh dunia telah dikejutkan dengan wabak pandemik Covid-19. Negara kita juga tidak terkecuali. Kesan paling ketara ke atas kita antaranya adalah kita tidak dapat pulang ke kampung bertemu sanak-saudara untuk menyambut bulan Ramadan dan Syawal bersama-sama. Tahun 2020 juga umat Islam tidak dapat bersolat terawih di masjid-masjid dan surau-surau. Namun demikian, kita patut bersyukur kerana masih lagi dapat meraikannya bersama insan-insan tersayang walaupun ada yang secara berjauhan sahaja melalui aplikasi video call dan sebagainya.
Akan Tetapi...!!!
Tahun ni nampaknya ada sedikit perubahan. Walaupun kita mungkin masih tidak dibenarkan untuk merentas negeri tetapi sekurang-kurangnya kita masih lagi boleh merentas daerah di dalam negeri yang sama. Ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman di hari pertama menyambut Ramadan pada 13 April 2021 yang lalu.
Haaaa panjang pulak intro Papa kali ini, kah kah kah!! Yang sebenor-benornya Papa nak cerita fasal baju-baju kurta yang sentiasa menjadi pilihan utama Papa acapkali menjelang bulan Ramadan dan terutama sekali apabila nak sambut HARI RAYA AIDILFITRI !!! HOORRAAYYYY !!!
KENAPA PAPA SUKA KURTA KACAX
Bukan nak cakap kurta kedai lain tak bagus atau tak cantik, tapi masa pertama kali Papa diperkenalkan dengan Butik KACAX pada tahun 2018, Papa memang terus TERJATUH CINTA PANDANG PERTAMA dengan kurta-kurta KACAX ni. Walaupun dalam masa yang sama Papa mempunyai koleksi baju-baju Melayu dan kurta-kurta dari kedai-kedai lain namun hati Papa tetap terpaut dan terpesona pada kurta KACAX yang anggun lagi marbeles (marvellous) sangat, haa gitcheww. Sudahnya, memang saban tahun Papa akan pastikan untuk berterawih dan beraya hanya dengan kurta KACAX sahaja.
Selain daripada design yang cantik, potongan yang bagus, kainnya juga lembut, sejuk dan sedap dipakai walaupun sehari suntuk kita berkunjung untuk beraya ke rumah sanak-saudara dan sahabat-handai. Tak kiralah sama ada cuaca panas terik mahupun hujan ribut, kurta KACAX ni memang selesa giler!! Paling Papa suka bila setiapkali datang ke butik, ada saja design baru. Pastu mata pun jadi rambang. Satu jam duduk kat butik memilih kurta KACAX bagaikan baru sepuluh minit je rasa. Memang tak cukup masa. Kalau boleh semua kurta yang ada kat situ nak dicuba satu persatu. Hati bagai dironta-ronta nak menggayakan kesemua kurta yang ada.
Ada terlalu banyak pilihan kalau korang ke Butik KACAX ni. Antara kurta yang terdapat di situ ialah seperti Kurta PIRO. Kurta ni merupakan kurta berlengan pendek. Kurta PIRO ni menjadi kurta Pilihan No. 1 Papa untuk tahun 2021. Papa suka sebab selain ianya berlengan pendek ia boleh digayakan ke mana-mana sahaja bukan setakat pada bulan Ramadan dan Syawal malahan pada hari-hari biasa juga sesuai dipakai. Gambar-gambar kat bawah ni adalah gambar ketika Papa menggayakan Kurta PIRO dengan pilihan warna-warna pastel.
Selain daripada Kurta PIRO yang berlengan pendek, terdapat juga kurta yang berlengan tiga suku (3/4) iaitu Kurta ROKU. Kalau korang jenis yang suka pakai kurta berlengan 3/4 atau jenis yang malas melipat baju lengan panjang, Kurta ROKU ni memang sangat sesuai la untuk korang. Papa pun sejenis malas dan rimas nak melipat-lipat lengan baju nih sayugia lengan baju tu asyik melorot je terutama sekali jenis kain yang licin. Kalau Papa mengenakan kurta atau baju Melayu yang berlengan panjang, kebiasaanya Papa akan memilih yang mempunyai butang di bahagian tepi lengan atas baju supaya apabila kita melipatnya ke atas kita boleh butangkannya dan ianya tidak akan melorot ke bawah.
Kalau korang nak cari kurta yang berlengan panjang pulak, haa memang banyak sangat kurta yang ada kat Butik KACAX ni. Ada Kurta CIEZA, CAPRIO, HUESCA, LUCENA, MURCIA, RIBEIRA, MERIDA dan banyak lagi lah. Papa berani jamin, kalau korang ke Butik KACAX ni memang mata korang akan menjadi rambang dan kepala korang akan pening sebab tak tahu nak pilih yang mana satu. Semuanya cantik-cantik belaka. Kalau korang tak percaya, haa cuba lerrr. Papa memang dah setiap tahun mengalami setuasi macam tu. Sebab tu la Papa cakap, sejam di situ umpama baru 10 minit je dirasakan. Butik KACAX ni seumpama Syurga Membeli-Belah Kurta dan Baju Melayu....haaaaa chenggituuu!!!!
Oooppp!!! Ooopppp!!! Ooooppppp!!!! Nanti dulu!!!
Ada lagi kat Butik KACAX ni...
Bagi bapak-bapak dan anak-anak yang inginkan pakaian sedondon. Selain daripada kurta-kurta sedondon untuk si bapa dan si anak, Butik KACAX juga ada menyediakan kemeja-kemeja sedondon. Makin kacak la korang nanti bila bapak dan anak pakai baju raya yang sama dan seragam.
Haaa...AMACAM??!! Jom ler ramai-ramai ke Butik KACAX yang terletak di :-
L3.41, ARAS 3
ANGSANA JB MALL
81200 JOHOR BAHRU
JOHOR
MALAYSIA
TEL : 019-735 1037
Atau korang boleh je dapatkan info lanjut melalui :-
FB : KACAX
IG : KACAX
BUKAN ITU SAHAJA !!!
Sepanjang bulan Ramadan ini, Butik KACAX mengadakan JUALAN PROMOSI RAMADAN dan PROMOSI HARI RAYA di Ruang Legar, Pintu Masuk Utama Angsana JB Mall di Aras 2, berhadapan Habib Jewel dan Kedai Kasut BATA. Pelbagai koleksi Baju Melayu dan Kurta Raya Tahun 2021 dengan potongan harga yang sukar korang lepaskan. Haaa JOMLER kita!!! Lambat TINGGALLLL !!!
Oklah korang. Papa ucapkan selamat bershopping sakan di Butik KACAX. Selamat Berpuasa juga kepada seluruh umat Islam di atas muka bumi ini dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin...ehhh awalnya terasa bahang Hari Raya yek??!!
Wassalam.
#kurta #kacax #kurtaraya #kurtaraya2021 #bajumelayu #kurtamalaysia #guruyaya
12 Comments
Salam Ramadan Pak Ya. Memang rambang mata tengok koleksi kurta yang pelbagai. Trendy dan cantik.
ReplyDeleteWah... Cecantik design baju dia. Suka laaa, simple but nice. Material pun nampak selesa. Beruntung orang JB. Terus nampak kacax bila pakya menggayakannya
ReplyDeleteBanyaknya pilihan! Rambang mata nengoknya. Best sebab dah sedondon dengan anak. Takyah ke kedai lain dah.
ReplyDeleteBanyak jugak pilihan kat situ ek..
ReplyDeleteBertambah kacax la pakya.. Nice baju kurta dia
ReplyDeletePatutlah makin kacaaak
ReplyDeletesmart jugak kurta2 dia..
ReplyDeleteBajunye memang kacax kacax.
ReplyDeleteHurmmm.. Boleh cadang dkt husband tahun ni pakai kurni ni pulak.. Hihihi
ReplyDeleteKalau rasa2 nak kacak bergaya di hari raya nanti kena la try KACAX kan PakYa kan .. Semua nampak menarik dengan warna2 yang awesome. Kena beli jugak la nanti untuk anak teruna kita .
ReplyDeleteBanyak pilihan modern kurta. Nice.
ReplyDeletelaa memang kedai nama kacak rupanya. bole la usha nanti kedai tu kot ada yg berkenan utk family
ReplyDelete