Katakan Tidak Kepada Lipas, Gunakan Swipel Serai Wangi Keluaran AFY Haniff Yang Original
APAAA??? LIPASSS???!!! Ohhhh TIDAAAKKKKK!!!
Haa, korang mesti ramai yang takut dengan lipas kan. Jangan kata kaum Hawa je, ramai je di kalangan kaum Adam yang takut dengan menatang sekor ni, tak caya ke?? Haa cuba korang tanya Cik Abang sebelah korang tu, nanti mesti dia jawab, bukannya abang takut dik, tapi abang geli tengok kaki dia merayap-rayap atas badan abang. Lagi la kalau natang tu terbang-terbang pastu tau-tau dah ada kat atas kepala. Huh, naya sungguh.
Meh sini PA nak bagi solusi masalah lipas dan serangga yang tidak diingini dari terus bermaharajalela kat rumah korang,
Swipel Serai Wangi AFY Haniff Kan Hadok
Swipel Serai Wangi ni merupakan produk tempatan keluaran AFY Haniff yang telah bertapak di Malaysia selama 20 tahun. Bukan calang-calang dik. PA percaya korang mesti selalu jumpa Swipel Serai Wangi ni di mana-mana bahkan kalau korang pergi ke rumah-rumah sedara-mara, jiran tetangga dan kawan-kawan mesti antara 10 buah rumah yang korang pergi tu, 8 atau 9 rumah diaorang ni adanya tersemat Swipel Serai Wangi ni. Mak-mak kat rumah tu memang dah biasa sangat dengan Swipel Serai Wangi ni. Keberkesanan produk ni memang tidak boleh disangkal lagi semenjak 2006 ianya diperkenalkan.
Produk Swipel Serai Wangi ni diformulasikan khas bagi mengekalkan kesegaran dan bebas serangga. Ianya adalah selamat digunakan kerana tidak mengandungi bahan kimia atau racun dan telah diuji makmal bagi memastikan keselamatan penggunaanya. Produk ini juga adalah halal dan tidak mengandungi bahan-bahan terlarang. Produk ini dijual di lebih 2,000 lokasi di seluruh Malaysia bahkan ianya kini telah menembusi pasaran luar Malaysia seperti di Brunei, Singapura dan juga Thailand. Produk yang berasaskan serai wangi ini adalah selamat dan semulajadi sememangnya amat sesuai untuk penggunaan di rumah dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada kanak-kanak.
AFY Haniff kini telah mencecah usia 20 tahun semenjak penubuhannya pada tahun 2006 di Melaka. Selama 20 tahun juga lah produk keluaran AFY Haniff ini iaitu Swipel Serai Wangi ini telah mendapat kepercayaan para pengguna bagi mengatasi masalah lipas dan serangga yang mereka hadapi. Semejak 20 tahun itu juga lah Swipel Serai Wangi ini telah membantu ramai para suri rumah yang menghadapi masalah lipas dan serangga-serangga perosak yang lain di dalam rumah mereka. Bagi korang yang masih belum lagi mencuba Swipel Serai Wangi keluaran AFY Haniff ni, bermula dari hari ini korang dah boleh berjinak-jinak dengan produk ni. InshaAllah korang pasti suka.
AWAS PRODUK SERAI WANGI TIRUAN DI PASARAN
"Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, laut mana yang tidak bergelora..."
Begitu lah adat dunia ya tak. PA nak pesan kat korang, apabila korang membeli produk Serai Wangi tu, korang pastikan produk yang korang beli tu adalah produk asli Swipel Serai Wangi keluaran AFY Haniff. Sekarang ni terlalu banyak produk-produk serai wangi tiruan yang berada di pasaran. Mungkin harganya jauh lebih murah TETAPI korang kena berhati-hati kerana berkemungkinan produk tersebut mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh mengancam kesihatan dan keselamatan keluarga korang terutamanya anak-anak kecil dan binatang kesayangan korang yang comel-comel di rumah tu. Ingat, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.
![]() |
Swipel Serai Wangi AFY Haniff yang asli |
![]() |
Cecair Warna Oren adalah asli manakala cecair warna kuning adalah produk tiruan |
PA nak pesan sekali lagi, korang kena berhati-hati semasa memilih produk Swipel Serai Wangi di pasaran, Produk yang asli adalah cecair yang berwarna oren manakala penutup botol semburan berwarna merah. Pastikan juga label di botol adalah keluaran AFY Hanif Since 2006. Terlalu banyak produk-produk serai wangi tiruan berada di pasaran yang mengelirukan kita sebagai pengguna. Kebanyakan produk tersebut mengandungi bahan-bahan kimia dan boleh membahayakan diri kita, anak-anak dan binatang peliharaan kita di rumah.
Swipel Serai Wangi AFY Haniff Penghalau Serangga Semulajadi
Swipel adalah bermaksud Serai Wangi Insect Repellent. Produk ini menggabungkan fungsi pembersih dan dalam masa yang sama dapat menghalau serangga. Diasaskan daripada serai wangi secara semulajadi tanpa ada bahan-bahan kimia keras dan tidak membahayakan kepada diri kita dan anak kecil. Sesuai digunakan di dapur, meja makan, bilik air dan di mana-mana sahaja termasuklah di restoran-restoran dan kedai-kedai makan. Baunya amat segar semulajadi dari serai wangi dan sudah semestinya mesra alam. Paling penting, Swipel Serai Wangi AFY Haniff ni telah diberikan Sijil Halal, GMP, Safety Data Sheet dan keselamatan kandungannya telah diuji di makmal dan telah dibuktikan ianya selamat digunakan. Swipel Serai Wangi AFY Haniff boleh didapati di pasaraya-pasaraya seperti Mydin, Aeon, Lotus's, Aeon Big, Econsave, Jaya Grocer dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut mengenai Swipel Serai Wangi AFY Haniff ni, korang boleh je klik pautan di bawah :
Tiktok
Shopee
Website
0 Comments