Gerak Gempur UPKK Bersama FlyHigh Education dan Misi Straight A UPKK

 


Assalamualaikum ibu bapa dan adik-adik Tahun 5. Peperiksaan UPKK dah tak lama lagi kan? Adik-adik sudah bersedia ke? Sebelum tu, kepada para pembaca yang ingin tahu apakah itu UPKK, PA akan terangkan serba sedikit mengenai UPKK.


APAKAH ITU UPKK

UPKK merupakan singkatan kepada Ujian Penilaian Kelas KAFA. Ianya dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk para pelajar Tahun 5 yang mengikuti kelas KAFA (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain) di seluruh Malaysia. Penilaian adalah berdasarkan kepada pembelajaran dari Tahun 1 hingga Tahun 5. Matapelajaran yang dinilai adalah sebagaimana berikut :-

1. Al-Quran - dinilai dari segi tahap kemahiran membaca dan hafazan.

2. Ulum Syariah - Iaitu Aqidah (kepercayaan) dan Ibadah (cara perlaksanaan).

3. Sirah - Sejarah hidup Nabi Muhammad SAW dan para sahabat Nabi.

4. Adab - Penilaian terhadap penghayatan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.

5. Lughah Al-Quran - Pengenalan kepada asas Bahasa Arab

6. Jawi & Khat - Penulisan jawi dan seni khat.

7. Amali Solat - Ujian praktikal solat.


KEPENTINGAN UPKK

UPKK diadakan bertujuan untuk memberikan sijil pengiktirafan kepada murid-murid yang telah mempelajari pengajian agama. Ianya sama penting seperti PMR dan UPSR tetapi hanya untuk para pelajar KAFA sahaja. Sijil yang diberikan merupakan tiket untuk para pelajar menyambung ke perinkat pengajian agama yang lebih tinggi lagi seperti sekolah menengah agama, sekolah berasrama penuh, sekolah agama persekutuan dan juga sekolah tahfiz.

Selain daripada itu, ianya juga dapat menghasilkan generasi yang seimbang bagi menghasilkan warganegara yang berilmu, berakhlak mulia dan berpegang teguh kepada ajaran agama Islam.

UPKK dibahagikan kepada :-

1. Ujian Amali & Penghayatan - Bulan April hingga September

2. Ujian Hafazan - Bulan Ogos

3. Ujian Al-Quran - Bulan September hingga Oktober

4. Ujian Bertulis - Bulan November


TIPS PERSEDIAAN CALON UPKK

Beberapa cadangan untuk adik-adik yang akan menduduki UPKK:-

1. Semak tarikh dan jadual peperiksaan supaya tidak terlepas ujian amali dan bertulis

2. Fahamkan sukatan pelajaran setiap subjek daripada apa yang diajarkan oleh guru, buku teks dan juga modul tambahan.

3. Fokuskan kepada subjek yang lemah berdasarkan ujian dan maklumbalas guru.

4. Buat latihan secara berterusan daripada soalan-soalan tahun lepas dan kuiz dalam talian.

5. Buat latihan amali secara berterusan dan konsisten.

6. Pengurusan masa ketika menjawab soalan. Jangan ambil masa terlalu lama pada satu soalan.

7. Pastikan cukup tidur dan jaga kesihatan.


FORMAT PEPERIKSAAN

Beberapa aspek penting perlu diambil maklum oleh adik-adik:-

1. Untuk Amali, dilakukan secara langsung di bawah pemerhatian guru dan panel peperiksaan.

2. Untuk Ujian Bertulis - Masa diambil adalah 1 Jam 15 minit bagi setiap kertas bertulis.

3. Untuk Ujian PCHI dan Amali Solat akan mengambil masa yang lama dan bukan dalam satu hari sahaja untuk selesai.





MISI STRAIGHT A UPKK, FLYHIGH EDUCATION CENTRE

Merupakan program bimbingan / seminar / kelas ulangkaji khas yang dianjurkan oleh Flyhigh Education Centre bagi membantu adik-adik yang akan menduduki UPKK untuk mendapatkan keputusan cemerlang A Penuh (Straight A). Flyhigh Education menyediakan latihan intensif, teknik menjawab soalan, pengurusan masa dan juga memfokuskan kepada pemahaman konsep. Modul yang disediakan adalah termasuk teori dan amali. Kelas yang disediakan adalah secara bersemuka dan di atas talian.

Antara kelas yang disediakan :-

1. Kelas Meroket UPKK - Latihan secara intensif dan pengurusan masa, nota dan rakaman disediakan.

2. Kelas Gempur UPKK - Kelas ulangkaji Tahun 3 hingga Tahun 5, teknik mudah ingat dan latih tubi soalan tahun-tahun sebelum dan simulasi soalan sebenar.

3. Kelas VIP UPKK - Bimbingan secara ekslusif, teknik KBAT dan penilaian prestasi bulanan.

4. Kelas Bahasa Arab & Al-Quran - Memfokuskan kepada pengajian Bahasa Arab dan Bacaan Al-Quran.

Kelebihan Program :-

Di Flyhigh Education Centre, guru-guru dan tenaga pengajarnya adalah sangat berpengalaman dalam pengajaran UPKK termasuklah Guru Besar Cemerlang negeri Selangor iaitu Ustaz Mohamad Azhari Bin Sulaiman Al-Haj yang merupakan salah seorang tenaga pengajar di Flyhigh Education. Modulnya juga adalah interaktif dan disampaikan dengan teknik yang sangat mudah difahami. Latihan secara praktikal dan teori disediakan supaya para pelajar tidak hanya memahaminya hanya secara teori sahaja. Selain daripada itu, rakaman kelas juga disediakan untuk para pelajar dapat mengulangkaji pada bila-bila masa sahaja.

Senarai Semak Sebelum Menyertai Misi Straight A UPKK :-

1. Tarikh & Jadual - Pastikan tarikh kelas tidak bertindih dengan tugas sekolah atau peperiksaan lain.

2. Subjek Dipilih - Ada program bagi subjek kombo untuk semua subjek, ada yang fokus kepada subjek tertentu. Pelajar boleh memilih mengikut keperluan masing-masing.

3. Kos / Yuran - Termasuk nota, rakaman, latihan tambahan dan caj praktikal.

4. Lokasi / Platform - Sama ada sesi bersemuka di pusat tuisyen atau secara atas talian.

5. Rekod / Testimoni - Rujuk kepada calon-calon sebelum yang telah berjaya di  dalam program.




🌟 ANAK TAHUN 5 NAK AMBIL UPKK 2025?

Jangan tunggu saat akhir! Jom sertai JELAJAH UPKK SIRI 6 bersama Ustaz Azhari bin Sulaiman Al Haj (Muaddib Cemerlang Negeri Selangor & penganalisa soalan UPKK)

🗓️ 19 Oktober 2025 (AHAD)
⏰ 9.00 pagi - 5.00 petang

Apa yang anak bakal dapat?
🔎 Fokus topik penting dalam UPKK
📌 Kupasan tajuk-tajuk utama
📘 Pendedahan bentuk soalan popular
📒 Modul belajar lengkap disediakan!

💸 Yuran Penyertaan:
🔥 RM150 (early bird)
🎯 RM199 (harga normal)

📲 Tempat TERHAD!
Daftar segera sekarang:


📚 Peluang terbaik bantu anak bersedia secara menyeluruh sebelum ujian sebenar 💪🏼
Jom grab seat sekarang sebelum penuh!



COUNTDOWN UPKK 2025🚨

Anak anda dah bersedia? 
Atau masih keliru dengan subjek?

Jom sertai KELAS ONLINE PERCUBAAN UPKK BERSIRI  Bersama Guru Cemerlang UPKK Negeri Selangor, Ustaz Azhari

✅ Semua subjek utama UPKK
✅ Simulasi soalan sebenar
✅ Teknik menjawab & ulasan guru pakar
✅ Rakaman disediakan.

💰 Pilihan pakej:
🔹 1 Siri Semua Subjek – RM60
🔹 3 Siri Lengkap – RM150 (Jimat & Lebih Mantap)

⚡ Rebut peluang sekarang!



SISTEM GRED UPKK
Jumlah subjek - 8 subjek termasuk teori dan amali

Keputusan Straight A - Pelajar mendapat keputusan semua A untuk kesemua 8 subjek.

Keputusan Rasmi - Keputusan dikeluarkan oleh JAKIM dalam bentuk Slip Keputusan UPKK yang boleh disemak melalui sekolah atau secara atas talian.

Gred Purata (GPS) - Sama seperti Gred Purata Sekolah atau Nasional. Contoh :-

A : 1.00

B : 2.00

C : 3.00

D : 4.00


Jangan bertangguh lagi. Cepat daftar Kelas Percubaan UPKK, Seminar Tuiyen UPKK dan Jelajah UPKK Siri 6 Bersama Ustaz Azhari Bin Sulaiman Al-Haj di Flyhigh Education Centre dalam Misi Straight A UPKK. Semoga kejayaan milik kita, inshaAllah.




Post a Comment

0 Comments