Seawal pukul 6 pagi, budak-budak opis aku dah bersiap-sedia untuk menjalankan tugas masing-masing bagi melaksanakan acara Sambutan Tahun Melawat Malaysia 2007 di empat pintu masuk utama ke negeri Johor iaitu di Tanjung Puteri dan Terminal Feri Stulang Laut Johor Bahru, 2nd Link di Gelang Patah dan Terminal Feri Kukup di Pontian. Kami dibahagikan kepada empat kumpulan. Acara berlangsung secara serentak pada hari yang sama iaitu 1 Januari 2007. Aku ditugaskan untuk menjadi ketua penyelaras bagi sambutan di Terminal Feri Stulang Laut. Sambutan ini diadakan selama 6 hari. Gambar-gambar di atas ini adalah sebahagian daripada gambar-gambar yang sempat aku rakamkan ketika sambutan tersebut diadakan di Terminal Feri, Stulang Laut. Majlis dirasmikan oleh Pegawai Daerah Johor Bahru dan majlis tersebut berakhir pada pukul 1 petang.
Mengenali dunia blog seawal Tahun 2005. Menulis lebih kepada kehidupan seharian dan hal anak-anak sehingga kepada produk review. Seorang yang pemalu tetapi cepat mesra dan boleh menjadi seorang sahabat yang sangat akrab dan boleh menjadi seorang pendengar dan bahu tempat di'landing'.
Telah berkolaborasi dengan beberapa jenama produk yang terkenal dan tersohor seperti Property Guru, Carousell, Carrie Junior, Cosmoderm, Legend Cherating, Dashing, Jakel, Butik Kacax, Kao, Malaysia Airports, SF Coffee, Yayasan SPARK, Domino's Pizza, Pizza Hut, McDonalds, BioXcellent, Traveloka, AgroFarmstay, Kopi Badang, Juara Travel, Lazz Susu Kambing, Freeport A Famosa, Lembaga Zakat Selangor, Watsons, Surya Apple Cider, Honda Malaysia, Unifi, Tealive, Syok, Himalaya dan banyak lagi.
Untuk pengiklanan dan kerjasama boleh emailkan ke amyzal_mz@yahoo.com
0 Comments