SURYA S GREAT GRAIN - CEPAT PULAK BERAT KAU TURUN BERKILO-KILO



Haaa....buat apa tu?! Puasa tak hari ni? Diam tak diam, sekejap je bulan Ramadan dah hampir hendak meninggalkan kita ye tak. Hari ini dah masuk hari ke-25 kita berpuasa. Insya Allah, kita akan menyambut 1 Syawal pada 5 Jun 2019 nanti. Lebih kurang 5 hari sahaja lagi. Haa, perasaan korang macam mana, apa yang korang rasa ya, suka atau sedih? Kalau ditanya perasaan abang sekarang ni, tak tau nak cakap apa. Macam-macam perasaan ada. Sedih, sayu, gembira, tak sabar dan macam-macam lagi lah. Kadang tu rasa tak percaya pun ada juga. Tak percaya kenapa cepat sangat masa berlalu meninggalkan kita. Kalau dulu abang rasa masa berlalu perlahan sangat. Nak tunggu waktu berbuka tu ibarat menunggu kura-kura menghabiskan lariannya satu pusingan. Haa camtuh!!!

Sejak diperkenalkan dan mengamalkan bersahur dengan Surya S Great Grain ni, hari-hari yang abang lalui di siang hari sepanjang bulan Ramadan ini memang seakan tidak terasa sangat. Kalau dulu, belum pun tengahari, abang selalunya akan cepat terasa perut pedih dan lapar yang amat sangat. Nak menunggu waktu berbuka tu memang akan terasa lambat betul masa tu nak sampai. Al-maklum, agaknya mungkin disebabkan perut abang yang GASTRIK ni akan terasa cepat pedih dan lapar.

Setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini, abang akan minum 2 cawan Surya S Great Grain ni. Satu cawan pada waktu berbuka manakala secawan lagi pada waktu sahur. Alhamdulillah, rasa lapar dan pedih perut yang abang selalu alami tu berjaya dikurangkan. Selain daripada itu, kesan yang paling ketara yang abang dapat rasakan ialah, kurang keletihan. Badan sentiasa cergas bertenaga. Nak buat kerja pun tak rasa malas dan letih.

Tapi apa yang paling menarik dan yang paling abang suka selain daripada kesan-kesan yang abang alami sepanjang meminum Surya S Great Grain ni kan....haa korang nak tahu apa ke? Berat badan abang turun lebih daripada 5 kilogram walaupun abang makan macam-macam masa berbuka puasa tu. Haa menarik tak? Menarik tak?! Suka tak?!! Gila ko kalau tak suka. Ingat senang ke berat badan kita nak turun berkilo-kilo kalau setiap kali mengadap menu yang meriah giler masa berbuka puasa tu. Dahtu, takkan korang duk nak tengok je makanan tu. Dah la asyik dapat jemputan food review je sepanjang Ramadan. Opkos ler terpaksa makan banyak. Kalau tak makan nanti takut kecik hati pulak diaorang yang menjemput tu...kannnn!!!

Haa oklah, abang dah pun share pengalaman abang sepanjang abang minum Surya S Great Grain ni kat korang. Kalau korang nak badan korang sihat bertenaga dan kalau korang nak cepat turun berat badan walaupun korang makan banyak, apa kata korang cuba jek amalkan Surya S Great Grain ni. Korang cuba jek la dulu satu pek besar yang mengandungi 15 sachet di dalamnya tu. Sehari satu sachet pun dah kira okay. Korang akan alami sendiri pengalaman yang sangat menakjubkan. Abang percaya mesti sebab 5 bahan istimewa yang terdapat di dalamnya yang memberikan kesan yang sangat ketara setiap kali  meminumnya.



Surya S Great Grain ni ada dijual di cawangan-cawangan Watsons, butik Himalaya, Shopee dan farmasi-farmasi terpilih di seluruh Malaysia.


Nak maklumat dan info lanjut, korang gi tengok kat sini :

Facebook



Instagram



Belian Online

2 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.