THE STRAITS KOPITIAM JOHOR BAHRU - MENGHIDANGKAN MENU ISTIMEWA SELATAN TANAH AIR





Hai korang ! Mesti ramai di kalangan korang yang tercari-cari tempat makan yang menghidangkan pelbagai jenis makanan asli yang  menggamit kenangan zaman korang kecik-kecik dulu terutamanya Ais Kepal selain daripada Asam Laksa, Laksa Penang, Laksa Johor, Cendol dan macam-macam lagi yang sedap-sedap di samping dapat melepak-lepak bersama keluarga dan rakan-rakan di dalam suasana yang tenang dan mendamaikan.

Haa...jawapannya ada di The Straits Kopitiam!!


The Straits Kopitiam yang beralamat di NSK Ulu Tiram Johor, Lot No. 16, KM 20, Jalan Kota Tinggi, 81800 Ulu Tiram, Johor. Lokasi berdekatan dengan McDonald Jalan Pandan ke Kota Tinggi telah beroperasi secara rasmi pada 26 April 2019. Outlet pertama yang dibuka di Johor dan bakal menyusul outlet kedua yang dijangka akan dibuka di Pandan pada 1 Jun 2019 nanti. Seterusnya 2 lagi outlet akan dibuka yang menjadikan jumlah kesemuanya 4 outlet di Johor.






Nama pun kopitiam kan, wajiblah ada kopi. Baru lah kita boleh ngopi ngopi kat sini. The Straits Kopitiam ni bercirikan tema hitam putih yang amat sesuai dengan nostalgia zaman dolu dolu. Seolah-olah macam kita kembali ke zaman dahulukala...gitohhh!!!








Paling special kat sini ialah Ais Kepal. Generasi sekarang mungkin tak pernah jumpa atau tak pernah tahu akan ais kepal ni. Ada pelbagai perisa yang disediakan, antaranya ialah sarsi, mangga, blue coral, sirap ros, strawberry, buah markisa (passion fruit) dan epal hijau. Air batu yang telah dikisar halus akan dikepal-kepal menggunakan tangan sebelum diletakkan perisa di sekelilingnya. Haa pastu makan terus macam makan ice cream. Seeedappp!!! Macam terasa di awang-awangan kalau menikmati ais kepal nih tau!





Menu lain yang korang boleh nikmati kat The Straits Kopitiam ni ialah Laksa Johor, Laksa Penang dan Asam Laksa. Ehh Laksa Penang dengan Asam Laksa ni sama tak? Abang ada tanya kat kawan-kawan dan ramai yang cakap tak sama. Kuah asam laksa menggunakan ikan sardin manakala laksa Penang menggunakan ikan juga tapi tidak semestinya ikan sardin. Kuah asam laksa katanya lebih manis berbanding laksa Penang. Pastu ada satu lagi menu yang hampir sama dengan asam laksa dan laksa Penang iaitu laksam. Haa...3 jenis laksa ni kalau abang tengok macam sama tapi diaorang cakap sebenarnya tak sama. Pendapat korang macam mana pula eh?




Tapi kalau dah nama pun kat Johor kan, dua menu wajib yang mesti ada yang korang sure tercari-cari kalau datang ke Selatan Tanahair ni ke haa. Haa...apa lagi kalau bukan NASI AMBANG dan BERIYANI, ek?

Bersempena bulan Ramadan ni, The Straits Kopitiam tidak mahu ketinggalan untuk menyediakan hidangan istimewa untuk korang. Nasi Ambang dan Rewang Beriyani yang boleh dikongsi makan seramai 4 pax untuk satu hidangan ni memang super ohsem. Kesedapannya memang boleh buat korang berada di awang-awangan....TERANGKAT!!! Korang mesti kena cuba kedua-dua menu ni.




Menu Promo sepanjang bulan Ramadan :

Set A : Nasi Ambang
Set B : Nasi Beriyani Ayam
Set C : Nasi Sambal Ayam Petai
Set D : Nasi Lemak Ayam Goreng

Keempat-empat set promo ini berharga RM 9.80 setiap satu dan percuma Sirap Limau Selasih



Untuk tempahan, korang boleh call atau whatsapp :



Facebook


Instagram

4 ulasan:

  1. Ya Ampun! Seronoknya makan. Penuh hidangan!

    BalasPadam
  2. Petang ni kita berbuka di sini Pak Ya hehehehe ..nak perabiskan baucer hehehe

    BalasPadam
  3. In shaa Allah kalau pergi ke Johor pasti akan singgah di sana. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Pak Ya. Done follow back..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.