KIDDOMO DISCOVERY JOHOR BAHRU - SYURGA DUNIA ANAK-ANAK



KIDDOMO


Hai korang! Korang dah tahu ke Kiddomo Discovery kini telah berada di Johor Bahru? Majlis Soft Launching telah diadakan pada 25 Mei 2019 yang lalu. Ratusan kanak-kanak pelbagai bangsa telah turut serta di dalam majlis pembukaan tersebut dengan ditemani oleh ibubapa masing-masing. Anak-anak dapat melakukan pelbagai aktiviti bermanfaat yang penuh dengan pelajaran untuk perkembangan dan kecerdasan otak mereka. Mereka dengan bebas boleh melukis, mewarna, membuat kraftangan, berbasikal, bermain bola, melungsur dan bermacam-macam lagi. Kiddomo Discovery ini seolah-olah syurga dunia buat mereka.

Kiddomo merupakan 'Innovative Playland' yang direka khas untuk kanak-kanak mempelajari dan meluahkan daya imaginasi yang tidak terbatas di minda mereka menurut cara mereka sendiri. Kiddomo Discovery Johor Bahru merupakan outlet kedua yang dibuka selain daripada Kiddomo Universe Petaling Jaya. Majlis pembukaan yang telah diadakan pada 25 Mei yang lalu telah disertai oleh Juara MasterChef terkenal tanah air iaitu MasterChef Dato Fazley Yaakob. Beliau hadir dan ditemani oleh anak-anaknya dapat merasakan sendiri pengalaman menguji minda di Kiddomo Discovery Johor Bahru yang bertempat di Aras 1, RnF Mall, Johor Bahru.








Lokasi Kiddomo Discovery Johor Bahru yang terletak di tengah-tengah Pusat Bandaraya Johor Bahru ini bukan sahaja dapat menarik perhatian kanak-kanak yang berada di sekitar negeri Johor sahaja malahan warga Singapura dan Indonesia terutamanya yang datang dari Batam dan Tanjung Pinang juga tidak mahu ketinggalan untuk turut sama membawa anak-anak mereka ke sini. Lokasinya memang cukup strategik untuk ketiga-tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Perjalanan dari Singapura, Batam dan Tanjung Pinang yang tidak sampai pun satu jam memang amat mudah untuk mereka datang ke sini.





10 PENGALAMAN MENAKJUBKAN DI KIDDOMO INNOVATION CENTRE :


1. KIDDOMO HEROES STATION





Mula-mula sekali, daftarkan dulu nama dan pilih karektor superhero yang mewakili diri korang dan anak-anak. Pastu selfie lah untuk masukkan muka memasing ke dalam watak superhero yang korang dah pilih tu.



2. DISCOVERY STATION









Di Discovery Station, anak-anak akan cuba untuk mendapatkan seberapa banyak spesis Dinosaur yang ada dengan mencari telur-telur dinosaur yang tersorok di dalam timbunan bebola yang beribu-ribu jumlahnya di stesyen ini. Setelah dijumpai, mereka akan mengimbas menggunakan scanner yang disediakan untuk mengetahui spesis yang mana satu kah kepunyaan telur dinosaur tersebut. Semakin banyak telur yang dijumpai maka semakin banyak juga spesis dinosaur yang mereka akan ketahui.



3. COLLECTION STATION





Menggunakan pergerakan badan korang ala-ala menari sumazau gitu, kumpulkan seberapa banyak buah-buahan yang terpapar di skrin yang besar mengikut kepada arahan yang diberikan. Watak superhero adalah mengikut apa yang telah dipilih semasa di stesyen pertama iaitu Kiddomo Heroes Station. Nama dan wajah korang akan terpapar di skrin besar tersebut. Haa lepastu semua pakat gelak ramai-ramai kalau korang tak dapat kejar buah-buahan yang jatuh semakin lama semakin laju kat skrin besar tu. Haahahaha...padan muka!!


4. FITNESS STATION








Galakkan fizikal anak-anak melalui Musical Maze dan kumpulkan seberapa banyak bintang-bintang di cakerawala yang ada di Luna Slider serta cuba dapatkan markah tertinggi di dalam We Can Fly. Bukan setakat budak-budak je yang seronok main gelongsor tu, mak bapak diaorang pun sama.


5. POWER RIDE STATION





Dengan menggunakan interactive bikes yang ada di Power Ride Station, korang boleh meneruskan pengembaraan ke pelbagai galaksi dengan perjalanan yang sungguh mempersona dan menakjubkan. Anak-anak pasti teruja dapat meneroka pengalaman berbasikal sebegini.


6. PERFORMING STATION



Haa, bagi yang minat berkaraoke tu, korang boleh ler ke Performing Station ni. Bilik karaoke khas disediakan untuk korang sekeluarga mengasah bakat untuk menjadi penyanyi tersohor. Mana lah tahu anak-anak korang berbakat besar, ye tak? Cerah masa depan!!!


7. MAGIC STATION






Dengan menggunakan tongkat sakti korang, hapuskan segala macam naga yang ada di dalam perlawanan menentang naga. Superhero lah katakan, memang tak gentar menghadapi makhluk yang mengeluarkan api dari mulutnya...gitohhh!!!


8. CREATIVE STATION








Luahkan kreativiti masing-masing dengan melukis dan mewarna di stesyen ini. Setelah lukisan yang anda warnakan tadi tu siap, jangan lupa untuk scan di mesin pengimbas. Kemudian lihatlah lukisan anda tadi menjadi hidup. Haa...gempak tak? Gempak takkk??!! Ehh mesti ler...


9. KIDDOMO CAFE






Takkan la datang sini setakat sejam dua je, ye tak? Abang percaya, anak-anak korang sure lah taknak balik kalau dah masuk ke Kiddomo Discovery nih. Masuk pagi, mesti punya petang baru diaorang nak balik. Itupun, kira nasib lah kalau diaorang nak balik. Haa, jangan ler risau korang berlapar sementara nak menunggu anak-anak korang enjoy dengan dunia mereka di Kiddomo Playland nih. Pihak Kiddomo ada menyediakan Kiddomo Cafe untuk mengelakkan korang dan anak-anak korang berlapar. Makanan kat sini dah la sedap, pastu berkhasiat la pulak.


10. BABY GYM






Korang ingat orang dewasa je ke yang boleh gi gym. Di Kiddomo Discovery pun ada disediakan gym untuk anak-anak yang di bawah umur 3 tahun. Konsep Kiddomo memang untuk kanak-kanak tidak kira berapa pun usia mereka. Mereka yang masih kecil-kecil cilik ni pun nak enjoy juga, ye kan! Kalau tak, nanti bosan lah baby-baby comel dan mungel nih nak tunggu abang dan kakak diaorang bermain sampai ke petang. Elehh, jangan kata baby je yang nak bermain, kalau korang masuk ke dalam Kiddomo ni, ramai je mak bapak yang jadi macam budak-budak kecik. Haa kalau korang tak percaya nanti abang share gambar-gambar diaorang kat bawah ni. Percaya jangan tak percaya!!!
































Amacam??!! Betul tak mak bapak yang over daripada anak-anak. Sifat kanak-kanak dalam diri diaorang memang akan ketara apabila masuk ke dalam Kiddomo nih. Memasing memang dah takde rasa malu dah nak jadi macam kanak-kanak. Haa best kan! Apa yang penting, KITA ENJOYYYY!!!!

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, korang boleh la usha-usha nombor telefon dan email serta media sosial Kiddomo sebagaimana berikut :-


Facebook


Instagram


Website


Telefon


Email

Post a Comment

8 Comments

  1. Cam Best jer ni. Kena g gak satu hari nanti

    ReplyDelete
  2. wahhh besnya..ni kalau datang sini mau mak pak dgn budak2 sekali xmau balik ni..mcm2 activity ada... awesome sangat.

    ReplyDelete
  3. best ni kalau bwa budak2 datang sini :D

    ReplyDelete
  4. Kalau ke johor wajib bawak noah ke sini nih! Best jee tmpt dia

    ReplyDelete
  5. Pernah pergi kiddomo dekat sini.. Memg best.. Guna teknologi terkini.. Nanti nak pergi lagi

    ReplyDelete
  6. Papa, bestnya. Mesti anak2 suka.

    ReplyDelete
  7. memang seronok anak-anak huda bermain kat Kiddomo JB ni last weekend

    ReplyDelete
  8. Balik Johor nanti nak try bawak my boy g sini..macam best!

    ReplyDelete