MAJLIS PELANCARAN LOGO MUSLIM-FRIENDLY ACCOMODATION RECOGNITION

 


Islamic Tourism Centre (ITC), merupakan salah satu dari 13 agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Malaysia telah memperkenalkan Muslim-friendly Accommodation Recognition (MFAR).

Pengiktirafan ini merupakan yang pertama di dunia yang diberi pengiktirafan dari badan agensi kerajaan.

Pelaksanaan MFAR bukan sekadar menetapkan standard akan tetapi memberi peluang untuk lebih jauh memasuki pasaran pelancong Muslim dan non-Muslim.


Konsep 'mesra Muslim' telah mulai mendapat daya tarikan di beberapa negara di dunia. Konsep ini memfokuskan pada kepentingan memenuhi keperluan dan kemudahan bagi pelancong Muslim oleh pengusaha hotel seperti kebersihan, kemudahan tandas, makanan halal dan pengalaman rohani yang dapat ditawarkan oleh hotel.


Bagi memastikan inisiatif ini terus memberikan momentum yang berterusan kepada industri perhotelan negara, majlis pelancaran logo ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.




Logo tersebut akan memberi penjenamaan kepada hotel dan juga memberi keyakinan dan keselesaan kepada pelancong Muslim.





MENGENAI ISLAMIC TOURISM CENTRE

Islamic Tourism Centre (ITC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia yang ditugaskan untuk membangunkan sektor pelancongan Islam Malaysia dalam kapasiti penyelidikan, risikan pasaran, latihan, pembangunan industri dan pertukaran maklumat.

ITC juga menjadi pakar rujuk berkaitan pelancongan Islam kepada kementerian, pemegang taruh dan juga penggiat industri.

Menyedari potensi global pelancongan Islam, ITC sentiasa mengadakan hubungan dengan pihak berkepentingan dan penggiat industri untuk memastikan bahawa Malaysia sentiasa berada di barisan hadapan pelancongan Islam dan menggunakan pelancongan mesra Muslim sebagai kaedah untuk mempromosikan muhibah di kalangan umat manusia.





#guruyaya #kbba9 #muslimfriendlyaccomodationrecognition #mfar #itc_my #motac #muslimfriendlymalaysia #movenpickklia

Post a Comment

0 Comments