PENJENAMAAN SEMULA ABX EXPRESS KEPADA KEX EXPRESS DI MALAYSIA

 


PENJENAMAAN SEMULA ABX EXPRESS KEPADA KEX EXPRESS DI MALAYSIA

Jika disebut ABX Express, siapa sahaja yang tak kenal ya tak? Syarikat penyedia perkhidmatan kurier yang telah beroperasi dan bertapak di Malaysia selama 38 tahun sudah semestinya mempunyai pengalaman yang sangat meluas dan tersohor. PA yakin pasti ramai di kalangan kita yang pernah menggunakan perkhidmatan ABX Express berkali-kali selama bertahun-tahun lamanya.


ABX EXPRESS

Merupakan jenama tempatan yang telah diperbadankan pada tahun 1984 di Malaysia Timur. Pengkhususan kepada penghantaran capaian akhir atau dikenali sebagai 'last mile' di dalam pasaran domestik. Pada tahun 2015, syarikat ABX Express telah menjadi sebahagian daripada Kerry Logistics Network yang merupakan sebuah syarikat logistik antarabangsa terbesar di Asia dan tersenarai di dalam Bursa Saham Hong Kong.



Pada 26 Oktober 2022, syarikat telah mengumumkan Penjenamaan Semula daripada ABX Express kepada KEX Express dan pada masa yang sama menyediakan pilihan destinasi antarabangsa, selain daripada mengekalkan laluan domestik sedia ada.

Menurut Pengurus Besar Kanan KEX Express Malaysia, Encik Richard Lui mengenai penjenamaan ABX Express kepada KEX Express:

Penjenamaan semula ini adalah satu peristiwa penting bagi kami. Penjenamaan semula ABX Express kepada KEX Express pada hari ini adalah kemuncak kepada peranan yang kami mainkan di bawah Kerry Logistics Network (KLN). Ia juga merupakan pelaburan dan kerjasama strategik antara SF Group dan Kerry Logistics Network (KLN) pada tahun lepas. Gabungan ini membolehkan KEX Express memiliki akses pantas kepada rangkaian global KLN yang meluas dan set tawaran ekspress antarabangsa yang lengkap khususnya ke China dan negara-negara di Asia.

Richard Lui

 

Menggabungkan pengalaman perkhidmatan kurier ekspress kepada rakyat Malaysia sejak 1984 dan rangkaian luas KLN Group, matlamat kami adalah untuk menjadi rakan logistik yang boleh dipercayai oleh rakyat Malaysia, yang menyediakan perkhidmatan penghantaran ekspress yang lancar dan mudah untuk syarikat-syarikat perniagaan dan juga keperluan penghantaran peribadi ke destinasi-destinasi tempatan dan antarabangsa.

 

KEX EXPRESS



Penjenamaan semula ABX Express berubah kepada KEX Express yang memiliki lebih 700 'service touchpoints' di seluruh negara dengan lebih 3,000 kakitangan yang menyediakan keperluan penghantaran ekspress kepada rakyat Malaysia dan mempunyai rangkaian liputan paling meluas dalam industri penghantaran ekspress di Malaysia Timur. KEX Express kini menawarkan perkhidmatan penghantaran ekspress yang menyeluruh untuk semua bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada meliputi pilihan destinasi antarabangsa yang pelbagai serta laluan domestik di seluruh Malaysia.




Selain daripada itu, KEX Express kini menawarkan perkhidmatan penghantaran ekspress antarabangsa ke lebih 225 negara dari Malaysia bukan sahaja kapada orang ramai dan para peniaga malahan kepada pemilik akaun kredit sedia ada juga. Mengamalkan budaya keterbukaan untuk berkembang dan berinovasi dan sentiasa mengamalkan sikap ambil tahu akan keperluan dan luahan para pelanggan bagi memastikan kecemerlangan dan kecekapan operasi yang konsisten dalam semua aspek. Demi memberikan perkhidmatan yang konsisten dan terbaik kepada pelanggan, syarikat telah banyak melabur di dalam hab automasi, infrastruktur IT dan pengembangan pasukan.


Dengan penjenamaan semula ini, penggunaan logo KEX Express digunapakai dalam segenap aspek termasuk papan tanda di semua kedai KEX Express di seluruh Malaysia serta lebih 2,500 trak penghantaran yang beroperasi secara harian di seluruh Malaysia.


TIGA FOKUS UTAMA KEX EXPRESS

Pembayaran Digital Untuk Cash on Delivery (COD) dan Freight on Delivery (FOD)



KEX Express merupakan perintis untuk menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai bagi penghantaran ekspress tempatan. COD digital membolehkan penerima mana-mana bungkusan membuat pembayaran produk menggunakan pembayaran tanpa tunai sebaik sahaja menerima bungkusan pos. Manakala bagi FOD digital, penerima mana-mana bungkusan boleh membuat pembayaran kos penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai sebaik sahaja bungkusan pos sampai.

Tiada kuantiti minimum untuk jumlah bungkusan pos bagi pelanggan yang memilih pilihan pembayaran seperti ini. Semua pelanggan yang datang ke mana-mana kedai KEX Express adalah dialu-alukan menggunakan perkhidmatan ini.


Pusat Penjual (Seller Centre)


Merupakan platform penghantaran semua dalam satu yang khusus untuk penjual. Mengintegrasikan portal beli-belah dalam talian KEX Express (Smartship Web) dan sokongan khidmat pelanggan kepada pemilik akaun KEX Express yang melibatkan keperluan penghantaran seperti tempahan, pengambilan bungkusan, cetakan label jejak penghantaran, pertanyaan kos dan lain-lain lagi. Platform ini membolehkan pengalaman dalam talian ke luar talian (O2O) yang lebih lancar untuk pelanggan KEX Express.


Mengoptimumkan Laluan Perjalanan (Route Optimisation)





KEX Express ini dalam proses mengoptimumkan sistem penghalaan untuk laluan penghantarannya (delivery routing system) menggunakan algoritma dan data besar. Laluan penghantaran terbaik boleh dikira melalui jarak perjalanan dan keadaan trafik menggunakan teknologi awan. Ianya dapat memperkemaskan lagi proses perancangan perjalanan, pada masa yang sama menyediakan penghantaran yang efisien dan tepat pada waktunya kepada pelanggan.


BERITA BAIK !! BERITA BAIK !!!



Bersempena dengan pengumuman Penjenamaan Semula, KEX Express menawarkan diskaun promosi untuk pelbagai destinasi popular tempatan dan antarabangsa.

Untuk penghantaran domestik, promosi bermula dari 1 November 2022 dengan kos penghantaran serendah RM 4.99. Manakala bagi penghantaran antarabangsa, promosi bermula 26 Oktober 2022. Nikmati kadar yang sangat menarik untuk penghantaran ke China, Singapore, Taiwan, Macau, Hong Kong dan pelbagai negara lagi. Jangan lepaskan peluang, rebut SEKARANG JUGA !!

Untuk maklumat lanjut sila layari : my.kex-express.com 




#WeDeliver #KexExpress #KEXExpress #ABXtoKEX #DeliverViaKEX #kexexpress #courier #parceldeliverymalaysia #internationalshipping #domesticshipping #expressdelivery #expressservice #guruyaya #kbba9

Post a Comment

6 Comments

  1. Terbaik! Penerangan yang cukup sempurna! Terima kasih utk info ini. Thumb up utk PA! Tq

    ReplyDelete
  2. Wow...terbaca kos penghantaran mudah!! So ni memang kena try, lately ni pun banyak je perkhidmatan delivery atau postage yang agak lembap. So better kita try KEX Express

    ReplyDelete
  3. Bagus kan ABX Express... Penjenamaan ke KEX Express memberi pembaharuan kepada mereka

    ReplyDelete
  4. Tahniah KEX EXPRESS! Moga terus sukses

    ReplyDelete
  5. terbaik . keep it up

    ReplyDelete
  6. Wah menarik jugak ni .. Nanti boleh la KEX Express pulak untuk perkhidmatan delivery. Mana tahu pasni terus melekat dengan KEX Express..Tq sharing ...

    ReplyDelete