True Arabian Ramadan Buffet Terbesar Di Malaysia

 


Ramadan Tiba! Ramadan Tiba! Ramadan Tiba!! Pejam celik pejam celik sekejap sahaja kita sudah bertemu lagi dengan bulan mulia, bulan penuh barakah, bulan yang sangat-sangat dinanti-nantikan oleh semua umat Islam. Di bulan yang mulia ini umat Islam berlumba-lumba untuk melakukan pelbagai ibadah dalam mencari keredhaan Allah SWT. Sepanjang bulan Ramadan ini amat luas ganjaran-ganjaran kebaikan yang berlipat ganda yang sudah semestinya umat Islam tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkannya.

Selain daripada keistimewaan dalam melaksanakan ibadah, di sepanjang bulan Ramadan ini juga terdapat juga keunikan amalan berbuka puasa bersama keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan rakan taulan. Amalan berbuka puasa bersama-sama ni selain daripada ianya meriah malahan dapat mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan dan silaturrahim sesama rakan. Suasana seperti ini saban tahun pasti tidak dilepaskan dan dilupakan. Pelbagai perancangan dibuat bukan sahaja oleh ketua keluarga malahan pihak penganjur seperti restoran, hotel, kedai-kedai makan, kakitangan pejabat dan sebagainya. Bermacam menu dan juadah berbuka yang disediakan oleh pihak penganjur dalam memenuhi permintaan yang tinggi daripada orang ramai.


Buffet Ramadan Makanan Arab Sebenar Terbesar Di Malaysia Oleh Zaituna

Ekoran dari sambutan yang amat luar biasa dari para penggemar makanan arab yang dianjurkan oleh Zaituna Restaurant pada tahun lalu sehingga mendapat jolokan True Arabian Ramadan Buffet Terbesar di Malaysia, kali ini pihak Zaituna Restaurant menganjurkan lagi Buffet Ramadan dengan tawaran pakej menarik dan berbaloi. Menawarkan lebih daripada 55 hidangan paling lazat di Malaysia seperti buffet nasi arab, ayam, kambing, seafood, Arab BBQ, pizza, pembuka selera, kuih-muih, kambing bakar, pemanis mulut dan bermacam lagi yang pastinya orang ramai akan terliur dan puas hati dengannya.




Dengan tawaran harga serendah RM  39.00 bagi kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun (percuma bagi kanak-kanak di bawah 6 tahun) dan RM 79.00 bagi dewasa, kita dapat menikmati kesemua juadah yang disediakan tanpa had. Makan lah sehingga berasa puas.





Buffet Ramadan Zaituna ini bukan sahaja dikhususkan kepada para Muslimin dan Muslimat, malahan orang ramai juga berpeluang untuk bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa di samping dapat turut serta merasakan kemeriahan dan keharmonian yang ditonjolkan oleh amalan berbuka puasa oleh mereka yang berpuasa. Selain daripada itu dapat lagi meningkatkan ukhuwah di kalangan masyarakat tidak kira bangsa, agama mahupun darjat.








Untuk tempahan boleh terus hubungi :

https://go.wa.link/zaitunajb

http://wa.link/zaituna

07-213 3577








Post a Comment

0 Comments