KACAX MENAWARKAN PELBAGAI PILIHAN BAJU MELAYU, BAJU RAYA, BAJU KURTA, BAJU SEDODON, BAJU RAYA BUDAK YANG TERBAIK DAN TERHANGAT DI PASARAN

 


Assalamualaikum, hai korang! Selamat berpuasa !!

Siang malam siang malam siang malam, tup-tup dah seminggu kita berpuasa, pantas betul masa berlalu kan. Tak lama lagi dah nak raya. Korang dah ready ke baju-baju raya tahun ni? Dah pilih tema warna apa yang korang nak pakai selama sebulan beraya?! Fuhh sebulan ko !! Kemahin beraya sampai sebulan, ni puasa agak-agaknya cukup ke 30 hari tu??!! Hahaha, mesti ada terkantoi sehari dua kan, kan kan!!! Baik  ngaku cepat. Hahahaha....

Tak kisah la kalau korang tak cukup puasa sebulan ke, yang penting korang kena ganti balik tau puasa yang korang tuang tu. Kalau tak ganti nanti korang kena bayar fidyah berganda-ganda...haa sapa nak nolong tuuu!!


AKU DAN KACAX MEMANG TIDAK BOLEH DIPISAHKAN LAGI DAH

Sejak Papa mula-mula diperkenalkan dengan KACAX pada tahun 2018, terus Papa jatuh cinta sampai ler sekarang. Setiap kali raya mesti ler bergaya sakan dengan KACAX. Terus terang la Papa cakap, baju-baju KACAX ni bukan sahaja selesa dipakai malahan potongannya memang ngam kat badan kita. Orang cakap 'terletak' je, haa gitu. Setiap tahun mesti beli baju KACAX sampaikan diaorang gelarkan Papa ni PAPA KACAX...tapi...nak buat macam mana kan, memang kacak pun, ehhh!!!

Untuk Raya 2023 kali ni, tiga hari sebelum bulan Ramadan tiba, Papa awal-awal lagi dah tercongok di depan Butik Kacax. Berkobar-kobar nak pilih baju raya apa yang berkenan di hati. Bukannya apa, takut kalau lambat nanti banyak design yang dah kena sambar ngan orang lain, lebih-lebih lagi sempadan negara dah terbuka luas untuk saudara-mara dari negara jiran datang berkunjung bershopping sakan. Angsana Johor Bahru Mall ni, setiap kali nak raya memang santak gila dengan pengunjung sama ada dari dalam negara mahupun dari Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, Filipina, Bangladesh, Pakistan, Turkistan, Gohed Gostan...ehh sasul lak. Asal kata diumumkan esok start berpuasa je, haa memang berpusu-pusu dan berduyun-duyun para pengunjung datang ke Angsana Johor Bahru Mall ni mencari baju raya, songkok, sampin, kasut dan sebagainya.




Butik Kacax ni terletak di Level 3, Angsana Johor Bahru Mall. Dibuka bermula 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Tapi kalau hari-hari terakhir Ramadan dan kalau korang bernasib baik, waktu operasi mungkin akan dilanjutkan sehingga pukul 12 malam. Kiranya macam mid-nite shopping la gitu. Tapi masa ni korang berjalan pun memang bergesel bahu jek la antara satu sama lain. Pengunjung memang ramai sangat dan dah macam semut menghurung gula lagaknya. Sebab tu Papa suka pergi awal-awal sebelum masuk bulan Ramadan. Masa ni memang syok la bershopping santai-santai. Boleh pilih mana yang kita nak tanpa ada rasa tertekan dan terkejar-kejar. Masa ni memang terasa lah kenikmatan bershopping baju raya. Tapi tak tau la kalau korang suka dengan suasana yang macam mana. Paling penting inshaAllah tahun ni kita akan dapat meraikan hari raya bersama kaum keluarga, saudara-mara  dan sahabat handai, Aamiin ya Rabbal Aalamiin.


PELBAGAI PILIHAN KURTA, BAJU MELAYU, BAJU BUDAK DAN BAJU SEDONDON DI KACAX YANG SUKAR DILEPASKAN

Disebabkan terlalu banyak baju raya yang cantik-cantik dan hebat-hebat sehinggakan Papa sendiri tergamam dan terkaku tak tahu nak pilih yang mana satu. Rambang mata betul kalau pergi ke Butik Kacax ni. Setiap tahun ada saja design-design terbaru dan terkini yang trending. Pengakhirannya hampir kesemua baju Papa nak borong. Al-maklum, raya kan sebulan. Setiap sehari sehelai atau sepasang, cukup 30 hari beraya ada 30 pasang kesemuanya. Baru lah meriah, kan kan kan...

Bagi peminat Baju Melayu, ada 2 jenis baju Melayu yang korang boleh pilih sama ada Baju Melayu Mantera ataupun Baju Melayu Mestika. Material kainnya memang cukup-cukup selesa dan potongannya memang sedap dipakai dan 'terletak' di badan kita. Pendek kata memang BEST lah Baju Melayu Kacax nih.




Baju Melayu Mantera :

Potongan : Modern Fit

Material : Super Pearl Skin

Jenis : Teluk Belanga & Cekak Musang

Warna : 20 Warna Pilihan




Baju Melayu Mestika :

Potongan : Slim Fit

Material : Japanese Cotton

Jenis : Cekak Musang

Warna : 10 Warna Pilihan


KURTA KURTA KURTA HEY HOO HEY HOO !!!

Kepada para penggemar yang ala-ala Middle-East tu, korang jangan risau sebab kurta-kurta yang Butik Kacax sediakan ada pelbagai bentuk, potongan, warna dan jenis. Antaranya Kurta Lugano, Kurta Lumino, Kurta Arden, Kurta Levin, Kurta Leytron, Kurta Chiasso, Kurta Luthern, Kurta Cornaux, Kurta Andro dan banyak lagi. Kurta yang sedondon antara bapak dan anak pun ada tau. Nanti korang datang, korang boleh pilih dan cuba sendiri setiap jenis kurta yang ada di Butik Kacax. Jangan sampai korang pengshan lak sebab semua korang nak cuba. Memang rambang mata wooo !!!

Kurta LuGano

Kurta LuMino

Kurta Andro

Korang dah boleh buat pilihan atau belum tu?! Haa tu lah, Papa dah cakap, susah nak pilih yang mana satu kan. Sebab tu lah Papa pilih semuanya, semuanya, semuaaanyaaaa !!! Hahaha !!!

Kalau korang nak tengok apa lagi yang menarik yang ditawarkan oleh Butik Kacax dan Butik Jamilah, korang boleh la meninjau-ninjau :

BUTIK KACAX

Facebook : KACAX

Instagram : KACAX

Tiktok : KACAX


Telefon : 

wasap.my/+60197341037 

wasap.my/+60197351037


BUTIK JAMILAH

Facebook : JAMILAH

Instagram : JAMILAH


Atau yang mana berkesempatan tu boleh datang terus ke Butik Kacax dan Butik Jamilah

Lokasi Butik Kacax : Level 3, Angsana JB Mall, Johor Bahru

Lokasi Butik Jamilah : Level 3 (berdekatan Butik Kacax)

Lot Promosi Kacax : Level 2 (sebaris kedai kasut BATA), Angsana JB Mall

Lot Promosi Kacax : Level 3 (berdekatan kedai langsir HL), Angsana JB Mall

Waktu Operasi : 10.00 am - 10.00 pm setiap hari


Bersempena Bulan Ramadhan al_Mubarak ni, Papa nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan semoga korang mendapat ganjaran berlipat ganda. Di kesempatan ini juga Papa nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Haa dah habis baca ni pergi lah cepat ke Butik Kacax dan Butik Jamilah. Lambat Tinggal !!!! Babaiiii !!!!

Post a Comment

3 Comments

  1. PakYa dan Kacax berpisah tiada la ni .. Lama gak nampak PakYa ngan Kacax. Camtu la kan bila dah selesa mmg jadi pilihan setiap masa la kan. Semua nampak smart dan kacak bila memakai Kacax ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul tu KakYa. Dah lebih 5 tahun dah pakai Kacax sebab selesa sangat dan kualiti pun bagus. Sampai sekarang baju-baju 5 tahun lepas pun masih cantik, masih anggun, masih bergaya, Gitchewww !!

      Delete
  2. Kacax is the best shop for shopping. I visited this shop many times. All varieties are available in this shop. I suggest this shop for shopping. Now its time to avail Kabou taxi cab services in Southfield Mi for more information.

    ReplyDelete