Persediaan Exam PSRA : Tips dan Strategi Bersama Ustaz Azhari Sulaiman, Guru Cemerlang Selangor

 


DEFINISI PSRA

PSRA adalah merupakan Penilaian Sekolah Rendah Agama yang dikhususkan untuk pelajar Tahun 6 yang mengambil aliran Pendidikan Agama Islam di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di bawah pengelolaan Jabatan Agama Islam setiap negeri. Namun demikian, setiap negeri tidak menggunakan nama yang sama. Sebagai contoh, Wilayah Persekutuan menggunakan nama UPRA, negeri Perak menggunakan UPSRA manakala Selangor menggunakan PSRA. Walaubagaimanapun, konsepnya masih tetap sama iaitu menilai tahap penguasaan pelajar dalam mata pelajaran agama.


TUJUAN DAN KEPENTINGAN PSRA

Tujuan utama PSRA ini diadakan adalah untuk :

1.    Menilai Penguasaan Ilmu Agama Islam

Penilaian adalah berdasarkan kepada subjek-subjek seperti Tauhid, Feqah, Ibadah, Sirah Nabi, Akhlak, Tilawah al-Quran dan Jawi serta Khat.

2.    Penilaian Standard Bagi Pendidikan Agama Rendah

Sebagai penanda aras bagi mengukur pencapaian pelajar dalam sistem pendidikan agama yang dikelolakan oleh Jabatan Agama Islam setiap negeri. Ianya juga bagi membantu pihak sekolah dan jabatan agama dalam merancang penambahbaikan kurikulum dan pengajaran.

3.    Melanjutkan Pelajaran Ke Peringkat Lebih Tinggi

Pelajar yang lulus PSRA akan diberikan Sijil Tamat Pendidikan Agama Rendah bagi menyatakan bahawa mereka telah menamatkan pendidikan agama di peringkat rendah. Sijil ini dijadikan asas untuk mereka membuat permohonan ke Sekolah Menengah Agama (SMA). Bagi sesetengah negeri, PSRA ini dijadikan sebagai kriteria kemasukan ke sekolah menengah agama, tahfiz dan juga institusi agama berasrama penuh seperti Maahad.

4.    Sebagai Galakan Kepada Pelajar dan Ibu Bapa

Ianya dapat memberikan galakan dan motivasi kepada para pelajar untuk menguasai ilmu agama secara serius semenjak dari kecil. Selain daripada itu, ia juga dapat meyakinkan ibu bapa terhadap pencapaian anak-anak di dalam aspek pendidikan agama.




EXAM PSRA, BILAKAH TARIKH PEPERIKSAAN PSRA DIADAKAN

Kebiasaanya Exam PSRA ini diadakan pada bulan September setiap tahun. Walaubagaimanapun, tarikh sebenar akan diumumkan dan disahkan secara rasmi oleh Jabatan Agama Islam setiap negeri. Format exam adalah secara dasarnya adalah sama di setiap negeri cuma diolah mengikut kesesuaian negeri masing-masing. Berikut adalah contoh format Jabatan Agama Islam Selangor:-

        

Jenis Soalan Dalam Kertas Bertulis:

Objektif : Soalan dalam aneka pilihan (ABC), isi tempat kosong dan juga padankan jawapan.

Subjektif : Jawapan pendek, struktur dan esei pendek.

Amali/Lisan : Hafazan, tilawah, wuduk dan solat dilakukan secara individu bersama pemeriksa.

Tempoh Masa peperiksaan biasanya mengambil masa antara 1 hingga 1.5 jam untuk setiap kertas peperiksaan manakala bagi peperiksaan Amali/Lisan akan diadakan secara berasingan daripada peperiksaan secara bertulis. Kebiasaanya sama ada seminggu sebelum atau seminggu selepas peperiksaan secara bertulis diadakan.

Para pelajar yang akan menduduki peperiksaan PSRA ini sudah semestinya akan berusaha untuk mendapatkan keputusan cemerlang atau dalam bahasa Arabnya disebut MUMTAZ iaitu keputusan dengan gred tertinggi.

Contoh gred PSRA negeri Selangor :


APAKAH CABARAN PELAJAR DALAM MENGHADAPI PSRA

Antara cabaran yang sering dihadapi oleh pelajar :

1. Banyak Subjek dan Topik

PSRA melibatkan banyak mata pelajaran agama seperti Tauhid, Feqah, Sirah, Akhlak, Ibadah, Tilawah, Hafazan, Jawi, Khat dan juga amali. Sukatan yang padat ini boleh menyebabkan pelajar mudah rasa terbeban.

2. Kefahaman Bahasa Arab dan Jawi

Banyak soalan dan istilah di dalam PSRA menggunakan Bahasa Arab atau Jawi menyebabkan para pelajar yang kurang mahir akan sukar untuk memahaminya. Tulisan Jawi ini memerlukan ketekunan dan latihan bagi memahirkannya.

3. Hafazan dan Amali

Kesukaran pelajar di dalam menghafal surah-surah dan doa serta praktikal ibadah (solat dan wuduk) memerlukan latihan secara berterusan dan bimbingan di rumah dan di sekolah.

4. Tekanan Masa

PSRA kebiasaannya dilaksanakan pada tahun yang sama dengan UPSR / kelas akademik penting. Pelajar perlu membahagikan masa antara pelajaran agama dengan pelajaran akademik seperti Matematik, Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lain-lain. Namun demikian, dengan pemansuhan UPSR berkuatkuasa tahun 2021 sedikit sebanyak telah dapat meringankan bebanan pelajar.

5. Tekanan Emosi dan Prestasi

Ramai pelajar rasa takut gagal tidak dapat mencapai gred Mumtaz selain daripada tekanan daripada guru, ibu bapa dan rakan sebaya.

6. Kurang Akses Kepada Sumber Pembelajaran

Bukan semua pelajar mempunyai akses kepada modul latihan, buku rujukan berkualiti dan kelas tambahan agama menyebabkan mereka belajar secara kendiri tanpa sokongan guru terlatih. Ini menjadikan mereka sukar dalam memahami tajuk-tajuk yang kompleks.

7. Kurang Minat dan Motivasi

Sesetengah daripada pelajar beranggapan subjek agama merupakan 'subjek kedua' dan mereka tidak memberikan tumpuan yang setara dengan subjek-subjek akademik. Akhirnya mereka kurang persediaan dan mendapat keputusan yang kurang memuaskan.





TIPS DAN STRATEGI BERSAMA USTAZ AZHARI SULAIMAN, GURU CEMERLANG SELANGOR

Menurut Ustaz Mohamad Azhari Bin Sulaiman Al Haj, seorang Guru Cemerlang Selangor, persediaan awal dan latihan soalan-soalan tahun lepas sangat dapat membantu para pelajar dalam menghadapi exam PSRA. Keyakinan pelajar akan dapat ditingkatkan disebabkan oleh kesediaan dan persiapan mereka.

Antara Tips dan Strategi Ustaz Azhari Sulaiman :

1. Nota Ringkas dan Padat

Ustaz Azhari menyarankan untuk menulis nota menggunakan ayat sendiri supaya pelajar lebih memahami dan mengingati. Highlightkan point-point penting dan tajuk-tajuk yang kerap keluar di dalam PSRA. Gunakan carta, peta minda dan senarai semak supaya mudah untuk ulang semula.

2. Buat Ulangkaji Awal dan Konsisten

Bahagikan masa belajar di antara subjek agama dan latihan amali seperti Tilawah, Hafazan, Solat, Jawi dan Khat. Mulakan ulangkaji lebih awal sama ada beberapa minggu atau beberapa bulan lebih awal. Jangan tunggu sehingga saat akhir untuk mengulangkaji.

3. Teknik Menjawab Soalan (Objektif dan Subjektif)

Untuk soalan objektif, mulakan dengan bahagiannya terlebih dahulu kerana kebiasaannya akan lebih cepat dijawab. Bagi soalan subjektif, buat banyak latihan esei atau huraian untuk membina daya huraian yang baik dan lengkap. Gunakan dalil ringkas sahaja andai diperlukan. Pastikan kehendak soalan, jika soalan berkehendakkan 'huraikan' maka jangan jawab secara ringkas tetapi jika soalan berbentuk 'nyatakan' maka jawapannya hanya perlu inti sahaja.

4. Latihan Soalan Percubaan / Soalan Ramalan

Selalu amalkan menjawab soalan-soalan ramalan dan percubaan yang disediakan oleh Ustaz Azhari. Gunakan skema jawapan untuk semak sendiri dan perbetulkan kesilapan.

5. Hafazan dan Amali

Hafalkan doa, surah dan dalil ringkas secara konsisten. Buat latihan bacaan tilawah dan amali solat banyak kali supaya lancar dan lebih yakin.

6. Mental dan Motivasi

Tetapkan sasaran Mumtaz supaya diri ada motivasi yang jelas. Banyakkan berdoa dan pertolongan dari Allah semoga lebih memahami ilmu yang dipelajari dan diberikan kekuatan. Rehat dan tidur yang cukup supaya otak sentiasa segar dan cerdas semasa ulangkaji dan juga semasa peperiksaan.

7. Gunakan Sumber dan Bahan Rujukan Berkualiti

Gunakan nota padu yang dikarang oleh Ustaz Azhari. Rujuk soalan tahun-tahun lepas untuk kenalpasti jenis soalan yang selalu keluar.

8. Bengkel atau Kelas Tambahan

Sertai Bengkel Teknik Skor Mumtaz yang dianjurkan bersama Ustaz Azhari supaya dapat petunjuk langsung, fokus pada topik penting dan soalan popular. Menghadiri kelas bersemuka ataupun atas talian akan dapat membantu pelajar kerana dapat bertanya secara terus kepada guru sekiranya ada kekeliruan atau ketidakfahaman pelajar tentang sesuatu topik atau perkara.

9. Pengurusan Masa Semasa Peperiksaan

Bagi setiap bahagian soalan, tetapkan berapa banyak masa yang diperlukan. Sebagai contoh, 20 minit untuk soalan objektif dan 60 minit untuk soalan subjektif. Tinggalkan masa untuk semak jawapan, perbetulkan kesalahan ejaan, fakta dan struktur.



Flyhigh Education Centre yang beralamat di Unit 1G, 7th Floor, Worldwide Business Park, Block 2, Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor menawarkan kelas tuisyen secara bersemuka dan secara atas talian untuk pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan juga sekolah aliran agama. Mempunyai Tenaga Pengajar Berpengalaman dan Pakar dalam bidang masing-masing. Teknik dan Modul Intensif Flyhigh mengandungi modul latih tubi, buku latihan, bengkel, kelas persediaan untuk peperiksaan seperti PSRA, PKSK, UKKM dan UPKK. Mengadakan bengkel secara 'Jelajah' untuk topik peperiksaan dengan memfokuskan kepada teknik menjawab soalan, soalan popular dan komponen-komponen penting. Maklumbalas yang positif daripada ramai pelajar dan ibu bapa yang menyatakan bahawa pelajar suka kepada cara pengajaran, mudah faham dan perkembangan selepas menyertai kelas yang disediakan oleh Flyhigh Education Centre.


PROMOSI KELAS TUISYEN, SEMINAR DAN BENGKEL PSRA

📢 Countdown PSRA 2025 bermula

⏳ Tinggal beberapa minggu sahaja lagi – adakah anak-anak sudah benar-benar bersedia?

Jom bersama dalam Kelas & Bengkel Online Persediaan PSRA 2025 bersama
✨ Ustaz Azhari bin Sulaiman (Guru Cemerlang PSRA Negeri Selangor) 🚀

🔰 BENGKEL SEMUKA FINAL LAP PSRA SHAH ALAM
📆 Sabtu
▪ Tarikh : 27 September 2025
⏰ Masa : 9.00 am - 5.30 pm
💰 Yuran : RM160 (early bird) / RM180 Normal

🔰 REVISI PANTAS BAHASA ARAB PSRA ONLINE : Revision B.Arab Tahun 5-6
📆 Ahad
▪ Tarikh : 28 September 2025
⏰ Masa : 9.00 am - 11.00 am
💰 Yuran : RM60

🔰 BENGKEL ONLINE TEMBAKAN MUMTAZ PSRA : FINAL LAP Soalan Hit/Soalan Ramalan Jangka Keluar/ Tazkirah & Doa Munajat
📆 Ahad
▪️ Tarikh : 28 September 2025
⏰ Masa : 2.00 pm - 4.00 pm
💰 Yuran : RM60
📌 Module/jawapan/rakaman disediakan 

🔰 ONLINE LAST MINUTE STUDY PSRA
📆 Ahad - Khamis
⏰ Masa : 6.00 pm -  7.00 pm
🔹28 Sept 2025  : Akhlak/Sirah (AS01)
🔹29 Sept 2025 : Bahasa Arab (BA 02)
🔹 30 Sept 2025: Tauhid Feqah (TF 04)
🔹1 Oktober 2025  : Tajwid (TJ05)
🔹2 Oktober 2025  : Jawi, Imlak, Khat (JIK 03)
💰 Yuran : RM80 (5 sesi) / RM20 (1 sesi)

🎁 Modul & Rakaman Kelas Disediakan

Jangan tunggu saat akhir, pm admin sekarang untuk mendaftar👋🏻



Daftarkan anak anda ke kelas tuisyen dan bengkel PSRA bersama Ustaz Azhari Sulaiman di Flyhigh Education hari ini juga. Tempat adalah TERHAD!


Facebook Flyhigh



Instagram Flyhigh










Post a Comment

4 Comments